' kebebasan ialah tidak terhalang( untuk bercakap, bergerak dan lain - lain ), tidak terkongkong, tidak terkurung, dan berleluasa '[1]
' Freedom is the state of not being under control, have a power to do, say, think, write or whatever one wants to.'[2]
" Sejak bilakah kamu mula menghambakan manusia, walhal mereka dilahirkan oleh ibu mereka dalam keadaan merdeka( bebas ) "
- Umar Al Khattab -
" sejarah manusia adalah sebuah pencarian panjang untuk kebebasan "
- Allal al fasi -
'Orang yang pertama memasukkan syiriq dan mengajak masyarakat Arab untuk menyembah berhala ialah 'Amru bin Luhay bin Qam'ah, nenek moyang kepada suku Khuza'ah. Menurut sirah Ibnu Hashim, Ibnu Ishaq meriwayatkan daripada Muhammad bin Ibrahim bin Al Harith Al Taimey, bahawa beliau mendengar Abu Hurairah berkata," saya mendengar Rasulullah berkata kepada Aktsam bin Jaun Al Kuza'i ". Mafhumnya, " aku melihat 'Amru bin Luhay bin Qam'ah bin Khandaf menarik berhala kayunya ke dalam neraka, aku melihat dia itu benar - benar menyerupai engkau ". Lalu kata Aktsam bin Jaun Al Kuza'i," apakah penyerupaan itu membahayakan saya wahai Rasulullah? ". Jawab Baginda saw," tidak. Kerana kamu adalah seorang mu'min, dan 'Amru bin Luhay bin Qam'ah itu kafir. Sesungguhnya, dia lah orang yang mula mengubah agama Ismail as dengan memasang berhala, mencipta bahira, wasilah dan hami( nama unta - unta betina yang dihadiahkan kepada berhala, unta - unta itu dihormati, tidak boleh ditunggang, tidak boleh diminum susunya dan ia bebas memakan rumput di mana - mana)".[3]
Diantara agenda perutusan Baginda saw ialah memikul misi pembebasan masyarakat Arab dan seluruh manusia daripada keterikatan yang melampau terhadap kesukuan dan ketaasuban terhadap puak sendiri kepada suatu konsep yang bersifat kolektif dalam masyarakat atau kesatuan sejagat dan nilai kemanusiaan. Masyarakat arab telah melakar di batu - batuan sejarah bahawa mereka adalah satu bangsa yang mempunyai masalah serta kerancuan yang
Firman Allah swt :
" dan Dia(Allah) lah yang telah mengutuskan di kelompok mereka yang buta huruf, seorang utusan daripada kalangan mereka untuk menyampaikan kepada mereka ayat - ayat Allah swt dan membebaskan mereka daripada syiriq dan mengajar mereka kitab - kitab dan kebijaksanaan. Dan sesungguhnya mereka itu dahulunya dalam kesesatan yang nyata "
[Al Jumu'ah : 2]
" Kira - kira 17 orang masyarakat jahiliyyah yang Celik huruf "
- al tabari -
Mereka yang berketurunan hebat serta kuat menduduki carta strata sosial yang teratas manakala yang lemah sebaliknya. Masing - masing berbangga dengan suku masing - masing dan tidak mahu mengenal,menganalisa, atau berkerjasama dengan suku yang lain meskipun ia mengundang kepada keuntungan yang bersifat komprehensif terhadap bangsa Arab. Pergaduhan serta peperangan sering berlaku dikalangan bangsa arab disebabkan sentimen kesukuan. Mereka menafikan sekeras - kerasnya konsep kesatuan kemanusiaan sejagat di luar legaran kesukuan. Allah mengutus Baginda saw di atas satu agenda dan misi agar manusia sedar bahawa mereka adalah umat yang satu, iaitu umat yang wasathiyyah dan umat nabi Muhammad saw.
Firman Allah swt :
" manusia itu adalah umat yang Satu, maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka kitab yang benar untuk memberi jalan penyelesaian kapada manusia di atas perkara apa yang mereka selisihkan......"
[Al Baqarah : 213]
" hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, Dan kami jadikan kamu berbangsa - bangsa, dan kami jadikan kamu bersuku - suku supaya kamu saling berusaha untuk kenal di antara satu sama lain. Sesungguhnya, orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu "
[Al Hujurat : 13]
Pada suatu hari, Ibnu Arabi melintas lalu di masjid ketika orang ramai sedang solat.selesai mereka solat Ibnu Arabi berkata kepada mereka, " tuhan yang kamu sembah itu berada di bawah tapak kaki aku".lantaran itu, beliau ditangkap dan dicemuh, kerana menghina tuhan.
Setelah lama tempoh kewafatan Ibnu Arabi, seorang Sultan Uthmaniah, bernama Sultan Salim datang ke Damsyik berjaya menemui tempat Ibnu Arabi berdiri di hadapan jemaah yang telah memukulnya suatu ketika dahulu. Beliau mengarahkan agar tempat tersebut dikorek. Ternyata di bawahnya terdapat selonggok kepingan Wang emas. Ketika itu, sedarlah akan Sultan tersebut akan budaya masyarakat tersebut yang meskipun pada zahirnya ruku' serta sujud dalam solat namun pada hakikatnya mereka bertuhankan duniawi. Mereka gagal membebaskan diri mereka daripada cengkaman hawa nafsu dan dunia fatamorgana. Hakikatnya, manusia yang bebas itu ialah mereka yang mampu menguraikan diri mereka daripada mana2 ikatan seperti dunia,nafsu dan syaitan yang dilaknat.
Selain daripada agenda pembebasan daripada perkara - perkara materialistik yang merosakkan sistem kemasyarakatan, Islam membebaskan para wanita daripada cengkaman diskriminasi jantina. Wanita dibebaskan daripada kepompong limitasi dalam politik, ekonomi dan perundangan yang menyekat sumbangan kelompok jantina ini daripada menjadi penyumbang dalam proses pembinaan peradaban atau tamadun sesuatu bangsa. Keberadaan mereka diiktiraf serta diberi hak dalam sosiologi kemasyarakatan. Mereka diberi hak dalam perundangan negara, kesaksian mereka diiktiraf serta diterima di dalam mahkamah, mereka diperuntukkan hak atau bahagian dalam kes pembahagian harta pusaka dan jaminan terhadap pemilikan harta perusahaan persendirian secara total.
Firman Allah swt :
" .....bagi orang - orang lelaki bahagian bagi apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita(pun) ada bahagian bagi apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaanNYA, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ke atas segala sesuatu "
[An Nisa' : 32]
Islam juga menjamin kebebasan untuk beragama. Mereka bebas untuk memilih cara hidup mereka di atas muka bumi ini selagi mana ia tidak menafikan hak individu yang lain. Islam tidak memaksa manusia untuk menganuti cara hidup islam dalam kehidupan harian mereka. Konsep ini diguna pakai terhadap mereka yang belum masuk Islam dan juga mereka yang sudah berintima' dengan islam(Muslim). Mereka diberi pilihan oleh Allah swt melalui ayat - ayat Al Quran sering berulang serta ditekankan mengenai akibat terhadap perbuatan mereka di akhirat kelak. Hakikatnya, kebebasan itu datang dengan berbayangkan lembaga tanggungjawab atau lebih mudah kita katakan KEBEBASAN itu adalah TANGGUNGJAWAB. Contohnya, seorang non - muslim itu bebas memilih Islam sebagai cara hidup namun mereka bertanggungjawab untuk mematuhi tuntutan - tuntutan syari'e seperti rukun Islam. Adapun bagi seorang Muslim itu, pada mereka hak kebebasan untuk murtad, namun mereka bertanggungjawabjawab untuk menjalani hukum Hudud dalam bab Riddah seperti mana yang telah diperuntukkan oleh syari'e. Mereka ada hak untuk murtad, namun pada masa yang sama, kerajaan mempunyai hak untuk bunuh mereka.
' Riddah itu ialah keluarnya seseorang Muslim yang akil baligh daripada agama Islam kepada kekufuran( kepada Allah ) dengan pilihan nya sendiri tanpa paksaa '[4]
Firman Allah swt :
" Tidak Ada paksaan dalam agama(Islam), sesungguhnya, telah nyata kebenaran( Islam ) daripada kesesatan( kufur )..."
[Al Baqarah : 256]
" dan katakan lah, kebenaran itu datang dari Tuhanmu, maka barangsiapa yang ingin( keimanan ) maka hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin( kekufuran ) maka biar lah ia kafir..."
[Al Kahfi : 29]
" Barangsiapa( Muslim ) yang menukar agamanya, maka bunuh lah akan dia "[5]
_____________________________________________________________
[1] Kamus Dewan, edisi empat.
[2] Longman Dictionary.
[3] Fiqh Sirah, Muhammad Said Ramadhan Al Buti, terbitan DPF, m/s 43.
[4] Mengenal Qanun Jenayah Islam, Dr Abdul Ghani Azmi b Idris, terbitan Al Hidayah Publisher, m/s 33.
[5] Muttafaqun 'alaih
No comments:
Post a Comment