Monday, 22 October 2012

Wasathiyyah & Istiqamah





Sungguh islam itu menuntut kita untuk sentiasa seimbang(wasathiyyah) dalam semua perkara. Baik dalam hak kebajikan, ibadat dan hiburan. Apa yang penting dalam islam adalah mustamirrun(berterusan atau istiqamah). Amalan yang wasathiyyah serta istiqamah itu hakikatnya nanti akan mengundang rasa lazat serta ghairah dalam menginsafi cinta ALLAH itu sendiri. Kita akan rasa tak keruan andai kita meninggalkannya. Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, percayalah. Rasa kehadiran Allah dalam hati mengatasi kelazatan membuai nafsu serakah dan membelai syahwat yang melalaikan. Itulah sifat rijaluLLAH, pendokong gerakan islam. Mereka ahlul zikr. Kata sheikh Muhammad al Ghazali, "aku hairan dengan pendakwah yang tidak membaca al Quran(zikruLLAH)".

“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” (Qs. Hud: 112).

Menurut sheikh al imam Yusuf bin Abdullah al Qaradhawi, dalam kitabnya Fiqh al Awlawiyyat(1998), menukilkan, amalan yang berterusan itu lebih utama daripada amalan yang terputus - putus. Sememangnya islam itu berlegar di ruang aspek yang luas dan pelbagai. Wajib bagi kita untuk mengenakan prinsip - prinsip islam dalam setiap aspek tersebut. Adapun sebagai amal ibadat yang khusus, kita kadang - kadang tak mampu untuk mempraktikkan secara keseluruhannya. Maka manhaj wasathiyyah & istiqamah menjadi jalan penyelesaiannya. Amalan yang seimbang(dengan gaya hidup kita dan keluarga) dan berterusan(meskipun sedikit) membantu untuk mengekalkan jati diri kita sebagai fardu muslim yang rela ditarbiah.

That's why kalau kita tenung sejarah hidup ulama - ulama besar, kita akan dapati, terdapat amalan - amalan pilihan/dzikir - dzikir pilihan yang diorang praktikkan dalam hidup mereka. Begitulah sheikh al imam Hassan al Banna. Beliau tidak pernah tinggal dzikir. Al ma'thurat menjadi sebati dengan urat darah beliau. Mengikut manhaj tasawuf, mereka akan bermula dengan amalan yang sedikit dahulu tapi konsisten. Contoh, tahajjud dua rakaat. Ia akan dipraktikkan selama mana yang mungkin sehinggalah lahirnya rasa lazat dan keghairahan dalam ibadah. Then, barulah tambah ke tahap yang keseterusnya. Kalian boleh cuba.

Sheikh al Qaradhawi menggariskan beberapa langkah dalam kitabnya, tentang bagaimana untuk kita membenamkan sifat Wasathiyyah & Istiqamah dalam diri kita :
  1. Mendalami ilmu. Perlulah diingatkan disini bahawa dalam kita mendalami ilmu, perlu ada murabbi yang membimbing(irsyadul ustaz). Murabbi tersebut akan membimbing kita ke arah jalan yang lebih mudah serta bermanfaat disamping menjauhkan diri kita daripada futur.Kebanyakan ulamak besar mempunyai murabbi dalam hidup mereka. Contoh, imam Syafe'i. Beliau pergi menjumpai imam waqi' di saat beliau rasa lemah dan hilang motivasi.
  2. Kaji faedah amalan/ibadat. Tak kira sama ada faedah di dunia atau di akhirat, tapi mestilah berpandukan dalil nas yang sahih. Ramai daripada kita terlepas pandang dalam aspek ini. Kesemuanya mengejar darjat keikhlasan cinta Rabi'atul 'Adawiyyah sedangkan fizikal/mental mereka sedar akan hakikat kemustahilan perkara tersebut. kesemuanya EGO. 
  3. Mengkaji riwayat hidup tokoh - tokoh individu yang berjaya. Sama ada ulamak atau ahli akademik lain. Islam kaya dengan warisan kitab mengenai hikayat tokoh ulamak. Islam ada kitab berkenaan tokoh - tokoh sains berjilid - jilid banyaknya. Marilah kita sama - sama menghargai peninggalan turath tersebut.
  4. Bergaul dengan mereka yang ada fikrah dan bersemangat. Semangat mereka yang berkobar - kobar akan bertempias ke dalam diri kita. Ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi. Semangat sahabat - sahabat kita yang cenderung untuk mendekatkan diri kepada Allah swt sedikit sebanyak membantu dalam mentarbiah dan membentuk peribadi kita.
Islam itu hakikatnya, mudah namun bukan untuk diperlekehkan. Ia suatu sistem kehidupan yang membawa manusia kepada hakikat tujuan penciptaan mereka di atas muka bumi ini. Meleburkan diri di dalam acuan syari'atuLLAH. Bermula daripada aspek tauhid hinggalah ke aspek akhlak. Segalanya menjurus ke arah pembinaan tamadun manusia yang sejahtera lagi seimbang. Ingatlah, sedangkan Nabi saw berputih rambut menerima seruan istiqamah daripada Allah swt, apakan kita. Marilah sama - sama kita bersolidariti membina tamadun masyarakat yang sejahtera di atas tunjang Wasathiyyah & Istiqamah. Allah dan Rasul sebagai saksi.

waLLAHU'alam


No comments:

Post a Comment