Tuesday, 22 September 2015
RUKUN BAIAH
Muqadddimah
Harakah islamiyyah ialah gerakan tersusun yang digagaskan oleh Hassan Al banna selepas kejatuhannya Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924. Ia mderupakan satu gerakan tersusun yang bersifat internasional dan berasaskan islam sebagai dasar utama. Gerakan ini idak akan mampu menggerakkan fikrahnya ke keseluruh dunia andai tiada kader - kader yang terlatih serta komited dalam membumikan fikrah harakah di serata dunia ini. Ia bukan lah perjuangan sehari dua bahkan sangat panjang, kita hari ini bukanlah sebagai pemula atau penamat kepada perjuangan ini bahkan kita ini hanyalah rantai - rantai yang menyambung perjuangan mereka yang terdahulu. Sekiranya kita tidak mahu memikul amanah ini akan pasti ada golongan lain yang akan melaksanakannya dan mungkin mereka lebih baik dari kita.
Percayalah bahawa Allah tidak akan membiarkan perjuangan aqidah ini mati dan terkubur begitu sahaja sehinggalah datanganya seruan Allah yang dijanjikan. Baiah telah menajadi pengikat setia ahli kepada sebuah gerakan dan telah menjadi simbol kepada menifestasi kesungguhan bagi setiap kader - kader islam dalam menzahirkan perjuangan aqidah mereka di medan lapangan dakwah, tarbiah dan siasah.
Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan tentang rukun-rukun baiah dengan berkata: "Rukun baiah kita semuanya sepuluh, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya".
1. Faham (Al fahmu)
2. Ikhlas (Al Ikhlas)
3. Amal (Al amal)
4. Jihad (Al jihad)
5. Berkorban (Tadhiyyah)
6. Taat (Taat)
7. Tetap Pendirian (Thabat)
8. Tegas (Tajarrud)
9. Persaudaraan (Ukhuwwah)
10. Percaya (Thiqqah)
Kemudian Imam Hassan Al-Banna mentafsirkan rukun-rukun di atas satu persatu. Beliau menyatakan:
1. FAHAM:
Hendaklah saudara meyakini bahawa fikrah kita adalah fikrah Islamiah yang sejati dan hendaklah saudara memahami Islam sebagaimana kami (para pemimpin) memahaminya berdasarkan usul dua puluh (prinsip) yang ditetapkan. Kami ringkaskan prinsip-prinsip tersebut adalah sebagaimana berikut:
1.1- Hendaklah saudara memahami bahawa Islam adalah satu sistem yang lengkap (syamil) mencakupi seluruh bidang kehidupan.
1.2- Hendaklah saudara memahami bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah sumber rujukan bagi setiap orang muslim dalam memahami segala hukum-hakam Islam.
1.3- Hendaklah saudara memahami bahawa iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah merupakan cahaya kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya kasyaf, mimpi, ilham dan lintasan-lintasan hati tidaklah menjadi dalil hukum Islam (syarak) dan tidak boleh dibuat pegangan kecuali jika ianya bercanggah dengan hukum-hakam Islam dan nas-nas agama.
1.4- Hendaklah saudara memahami bahawa semua jenis tangkal, jampi, mantera, tilikan dan ramalan, mengaku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, nujum atau apa sahaja yang seumpamanya adalah satu kemungkaran yang wajib diperangi kecuali jika jampi-jampi tersebut terdiri dari ayat-ayat Al-Quran dan doa yang ma'thur yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w.
1.5- Hendaklah saudara memahami bahawasanya pendapat Imam dan naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas yang jelas dan dalam masalah yang boleh ditafsirkan dengan lebih dari satu pentafsiran dan dalam perkara yang melibatkan maslahah mursalah, boleh diamalkan (dipegang) selama ia tidak berlawanan dengan kaedah-kaedah syarak.
1.6- Hendaklah saudara memahami bahawa sesungguhnya perkataan dari seseorang itu boleh diambil dan boleh ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang maksum.
1.7- Hendaklah saudara memahami bahawa bagi seseorang Islam yang taraf keilmuannya belum sampai ke peringkat mampu meneliti dalil-dalil hukum-hakam Syariat Islam maka hendaklah dia mengikuti salah seorang dari Imam-imam (mujtahid) dalam Islam.
1.8- Hendaklah saudara memahami bahawa perbezaan-perbezaan (pentafsiran dan pegangan) dalam hukum-hakam fekah dalam soal-soal cabang (furu') tidak harus dijadikan sebab perpecahan dalam agama.
1.9- Hendaklah saudara memahami bahawa perbincangan tentang masalah yang tidak mendatangkan hasil adalah termasuk di dalam erti takalluf (usaha yang memberatkan) yang ditegah oleh agama.
1.10- Hendaklah saudara memahami bahawa mengenali Allah Tabaraka Wa Taala, mentauhidkannya dan menyucikannya (dari segala sifat kekurangan) adalah setinggi-tinggi akidah Islam. Kita beriman dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Sahih tentang sifat-sifat Allah sebagaimana zahir ayat-ayat tanpa takwil dan juga tanpa membekukan nas-nas tersebut.
1.11- Hendaklah saudara memahami bahawa setiap amalan bidaah di dalam agama Allah (Islam), yang tidak ada asal-usulnya mestilah dihapuskan dengan cara yang paling bijak.
1.12- Hendaklah saudara memahami bahawa bidaah Idhafiyyah (yang ditokok-tambah), bidaah tarkiyyah (bidaah yang meninggalkan amalan yang sunnah) serta beribadat dengan cara tertentu di dalam ibadat-ibadat mutlak (khusus) adalah masalah khilafiah dalam fikah di mana setiap golongan mempunyai pendapatnya sendiri. Tidak mengapa jika dibincangkan dengan tujuan memberi kebenaran yang disertakan dengan dalil dan keterangan (bukti).
1.13- Hendaklah saudara memahami bahawa mengasihi orang-orang yang salih, menghormati mereka dan menyebut kebaikan-kebaikan mereka yang kita ketahui adalah satu sikap yang akan membawa kita bertambah dekat dengan Allah s.w.t.
1.14- Hendaklah saudara memahami bahawa menziarahi kubur walau bagaimana sekalipun keadaannya adalah suatu perkara sunnah yang disyariatkan mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
1.15- Hendaklah saudara memahami bahawa berdoa kepada Allah yang diiringi dengan bertawassul kepada makhluknya yang tertentu (orang-orang salih) adalah perkara khilafiah furu'ie tentang cara-cara berdoa. Ia bukanlah satu persoalan akidah.
1.16- Hendaklah saudara memahami bahawa adat-adat kebiasaan manusia yang salah tidak dapat mengubah pengertian hakiki dari lafaz syarak.
1.17- Hendaklah saudara memahami bahawa akidah (yang bersih) adalah asas segala amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari tubuh-badan. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang amal ini adalah dituntut oleh syarak sekalipun tuntutan itu berbeza-beza mengikut keadaan.
1.18- Hendaklah saudara memahami bahawa Islam memberi kebebasan kepada akal dan mendorongnya supaya memerhati dan mengamati rahsia-rahsia alam, malah Islam mengangkat darjat dan martabat ilmu dan para ulama (ilmuan) serta mengalu-alukan segala hasil kajian ilmiah yang memberi manfaat.
1.19- Hendaklah saudara memahami bahawa pandangan syarak dan pandangan akal ada kalanya kelihatan tidak seiring tetapi syarak dan akal tidak bercanggah dalam perkara yang qat'ie (telah jelas dengan dalil). Oleh itu hakikat ilmiah yang sah sekali-kali tidak akan bercanggah dengan kaedah syariat yang tetap. Apabila terdapat sesuatu penentangan maka perkara-perkara yang bersifat zanni (atau perkara-perkara yang pendapat akal biasa semata-mata) itu, hendaklah diulas dan ditakwilkan supaya sesuai dengan hakikat qai'ie, tetapi seandainya terdapat pertentangan di antara kedua-dua perkara yang bersifat zanni berlaku maka hendaklah diutamakan pandangan syarak dakal biasa dan pandangan syaraklah yang lebih patut disehinggalah peperkara zanni akal tadi benar-benar dapat dibuktikan kebenarannya. Jika tidak demikian maka gugurlah pandangan akal itu dengan sendirinya.
1.20- Janganlah saudara mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadat dan beramal dengan tuntutan-tuntutannya serta menunaikan perkara-perkara yang diwajibkan sama ada kerana ia berpegang kepada pendapat tertentu atau melakukan maksiat - kecuali ia sendiri berikrar dengan mengakui kekufuran atau melakukan sesuatu perbuatan yang tidak boleh ditakwilkan lagi kecuali dengan makna kufur.
2. IKHLAS.
Hendaklah seorang saudara muslim itu berniat bahawa segala perkataannya, pekerjaannya dan perjuangan jihadnya adalah kerana Allah dan untuk mendapat keredaan-Nya dengan tidak mengharapkan keuntungan, pangkat kedudukan, kemegahan dan gelaran. Dengan niat yang ikhlas itu saudara akan menjadi seorang tentera (yang setia) kepada fikrah dan akidah bukan tentera yang tamakkan keuntungan dan kepentingan diri.
3. AMAL.
Apa yang dimaksudkan dengan amal di sini ialah melakukan Islah (pembaikan) terhadap diri sendiri, membina rumah tangga muslim, membimbing masyarakat, membebaskan tanah air, membetulkan kerajaan sehingga benar-benar bersifat Islam, mengembelingkan kewujudan umat Islam di peringkat antarabangsa, menjadi petunjuk ajaran ke seluruh pelusuk dunia sehingga tidak ada lagi fitnah serta halangan dan agama ini seluruhnya berjalan kerana Allah semata-mata.
4. JIHAD.
Jihad yang dimaksudkan di sini ialah kewajipan yang berterusan sejak dahulu hingga ke hari kiamat iaitu kewajipan yang dimaksudkan dalam sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berperang dan pernah berniat untuk berperang bererti beliau mati dalam keadaan jahiliah".
5. BERKORBAN.
Berkorban bermakna mengorbankan jiwa-raga, harta-benda, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk tujuan mencapai matlamat.
6. TAAT.
Taat bermaksud mematuhi perintah dan melaksanakannya di masa senang mahupun susah sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang dibenci.
7. TETAP PENDIRIAN.
Tetap pendirian yang dimaksudkan ialah setiap orang dari kalangan saudara terus-menerus beramal dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat sekalipun memakan masa yang bertahun-tahun lamanya sehinggalah dia bertemu Allah dalam keadaan beramal dan berjihad. Dengan itu bermakna dia berjaya memperoleh salah satu dari dua kebaikan iaitu mencapai matlamat atau mati syahid.
8. TEGAS.
Tegas atau tajarrud yang dimaksudkan ialah saudara membersihkan fahaman atau fikrah yang saudara bawa dari sebarang pengaruh prinsip-prinsip dan individu yang lain dari fikrah saudara kerana fikrah yang saudara dokong ini adalah fikrah yang tinggi lagi lengkap kerana Allah berfirman:
"Celupan Allahlah (yang lebih baik), siapakah yang lebih baik dari celupan Allah".
(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).
9. PERSAUDARAAN (UKHUWWAH).
Persaudaraan yang dimaksudkan di sini ialah saudara mempertautkan ikatan hati-hati dan ruh-ruh saudara-saudara sekalian dengan ikatan akidah, kerana ikatan akidah itu merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling berharga.
Kewajipan dan Tanggungjawab Ukhuwwah (Persaudaraan):
Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani - ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah - yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:
Yang bermaksud:
"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.
Hakakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.
Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.
1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya".
Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:
"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan".
2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini". (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).
3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya".
4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya". (Hadis riwayat Muslim).
5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
Yang bermaksud:
"Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)". (Hadis riwayat Muslim).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
"Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair". (Hadis riwayat ).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
"Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat". (Hadis riwayat Tirmizi).
Baginda juga bersabda:
Yang bermaksud:
"Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga". (Hadis riwayat Muslim).
10. PERCAYA.
Percaya atau thiqah di sini bermaksud kepercayaan seseorang tentera (jundi) yang mendalam terhadap kemampuan dan keikhlasan pimpinannya sehingga menimbulkan rasa kasih, menghargai, menghormati dan memberikan ketaatan yang penuh kepadanya.
Sekian.
SURAT TERBUKA DARI ANAK MUDA KEPADA PIMPINAN PARTI AMANAH NEGARA.
Assalamualaikum w.b.t.
Saya seorang anak muda yg mengikuti perkembangan 'Parti Amanah Negara' sejak awal pergerakannya.
Beberapa hari selepas Muktamar PAS 2015 berakhir, beberapa orang anak muda (berumur 30 tahun ke bawah) yang dilihat cenderung kepada kumpulan 'progresif' dalam PAS berkumpul di satu tempat bagi membincangkan ke mana hala tuju golongan 'progresif' dalam PAS dan ke mana pula hala tuju kami. Dalam pertemuan tersebut, kami menjemput Dr. Dzulkefly Ahmad utk memberikan maklumat terbaru berkenaan golongan 'progressif' yang kalah dalam pemilihan. Kesimpulannya, sebuah parti baru akan ditubuhkan.
Anak-anak muda dalam pertemuan malam itu berbincang dan berhujah dengan pandangan tersendiri. Akhirnya kami memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Ada yg memilih utk menyertai PKR & DAP, ada yang memilih untuk bergerak dalam NGO, ada yang memutuskan untuk kekal di dalam PAS dan majoriti di antara kami memilih untuk membantu penubuhan parti baru.
Kami dijanjikan dengan sebuah parti yang bersifat 'inklusif' untuk semua pihak, parti yang mengutamakan anak muda, parti yang terbuka untuk menerima pandangan dan kritikan serta parti yang akan diterima oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Tidak perlu saya perincikan apa sumbangan kami anak-anak muda yang bergerak membantu gerak kerja penubuhan parti baru ini. Masing-masing kini berada dalam jawatankuasa pemuda pusat, negeri, kawasan dan ProGuam. Semuanya memainkan peranan di setiap peringkat.
Sekalipun sepanjang proses penubuhan parti baru ini terdapat pelbagai cabaran dan dugaan, kita menyaksikan kesungguhan pelbagai pihak untuk memastikan penubuhan parti berjalan dengan lancar. ‘Pelbagai pihak’ ini bukan semata-mata kumpulan ‘G18’ yang kalah semasa pemilihan Muktamar PAS, tetapi termasuk mereka yang bergerak dalam NGO-NGO dan kumpulan-kumpulan lain. Namun dalam tempoh tersebut, saya mempunyai pandangan saya sendiri. Bakal pemimpin dan pengikut parti baru bukanlah semuanya bersikap ‘progresif’. Hakikatnya masih ramai yang terbawa-bawa perangai semasa dalam PAS dan agak kabur apa 'pembaharuan' yang cuba dibawa. Terdapat ahli Kumpulan G18 yang kurang menghargai sumbangan kumpulan lain. Malah ada yang dengan bongkak merendahkan keupayaan kumpulan lain. Adakah ini yang dikatakan progresif?
Saya tanpa segan silu ingin mengatakan parti baru gagal menampilkan sebenar-benar sifat INKLUSIF sepanjang proses penubuhan parti baru sejak dari awal gerakannya sehingga hari pelancaran. Dari proses merangka perlembagaan, pemilihan logo sehinggalah pemilihan lagu tema parti.
Saya secara peribadi tidak bersetuju untuk meletakkan ‘Islam’ sebagai dasar parti kerana Islam itu luas, merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dan rahmat sekalian alam. Islam tidak terperuk pada ruang lingkup politik kepartian semata-mata. Akhirnya matlamat kita untuk menubuhkan sebuah parti yg ‘inklusif' untuk semua rakyat Malaysia yg berbilang kaum dan agama telah gagal. Kita hanya dilihat sebagai 'PAS No. 2' atau satu lagi serpihan parti Melayu. Tidak perlu 'poyo' mengatakan "kita juga ada ahli bukan Melayu dan bukan Islam termasuk dalam AJK Pusat". Hakikat sebenarnya, penyertaaan kaum bukan Melayu dalam parti ini hanya kurang dari 1%. Tidak meletakkan ‘Islam’ pada dasar parti tidaklah menjadikan kita Muslim yang tidak berpegang pada Islam. Saya berlepas diri dari perkara tersebut dan berharap ianya akan memberi kesan yang positif satu hari nanti.
Saya masih tertanya-tanya. Adakah benar jalan yang saya pilih utk bersama parti baru ini. Katanya ia adalah 'parti masa depan' yang akan menjadi pilihan anak muda. Tetapi hakikat yg berlaku hari ini adalah sebaliknya. Berapa peratuskah bilangan anak muda yg tertarik dengan parti baru ini? Saya mempunyai ramai kenalan dalam kalangan anak muda yg mempunyai pelbagai latar belakang. Sungguh saya katakan, mereka kurang berminat dgn parti baru ini. Mungkin mereka berpendirian untuk 'tunggu dan lihat', apakah ianya benar-benar progresif atau bakal menjadi PAS 2.0 dalam arena politik tanah air? Di mana sebenarnya kegagalan parti baru untuk menarik anak muda untuk bersama?
Pada 16 September 2015, dengan rasminya 'Parti Amanah Negara' telah dilancarkan. Kemuncaknya ditampilkan logo parti. Namun tidak sampai sehari selepas majlis tersebut, timbul isu tentang logo parti yg dikatakan diciplak dari rekabentuk logo sebuah syarikat televisyen di Bangladesh iaitu logo Imayam. Orang awam menantikan apa respon dari Amanah. Kenyataan dari S/U Agung, Tn Hj Anuar Tahir sangat mengecewakan. Alasan 'kebetulan' adalah alasan yang tidak bijak dan menjadi bahan ketawa orang ramai. Malah ada pimpinan yang mendakwa dalam dunia ini banyak logo organisasi yang mempunyai persamaan. Bentuk bulat, segi tiga tepat, segi empat, segi lima (pentagon), segi enam (hexagon), segi tujuh (heptagon), segi lapan (octagon) dan seterusnya adalah bentuk yg tidak boleh diberi hak cipta kepada mana-mana pihak kerana ianya adalah bentuk asas. Namun bentuk logo Imayam adalah bentuk yg rumit. Lekuk, vektor dan arah yg sama menjadikan kemungkinan utk berlaku 'kebetulan' adalah mustahil. Logo merupakan perkara pertama yang diambil kira untuk proses penjenamaan. Jikalau logo pun diciplak, di mana definisi 'amanah' yang cuba dibawa?
Perkara yang menjadi kekecewaan anak muda seperti saya ialah 'pertandingan' mencipta logo tidak disebar luaskan. Saya sendiri yang mengikuti rapat perkembangan parti tidak mengetahui tentang wujudnya pertandingan mencipta logo ini. Siapakah panel penilainya? Adakah panel yang dibentuk tiada kemahiran dalam bidang penciptaan logo? Teknologi sekarang membolehkan kita membuat semakan sama ada logo yang dicipta mempunyai persamaan dengan logo yg sedia ada di seluruh dunia. Mengapa panel penilai begitu lemah sehingga perkara asas sebegini pun tidak boleh diselesaikan? Apabila isu ciplak ini timbul saya sekadar beranggapan jawatankuasa penilai bukan orang yang arif dan ahli tentang logo, tiada pembentangan, tiada perbahasan, tiada 'brainstorming' dan tiada perbincangan yang serius tentang pemilihan logo yang akan membawa imej parti. Tapi pemilihannya sekadar syok sendiri. Apa yang lebih mengecewakan apabila saya mendapat tahu 'pemenangnya' adalah anak kepada AJK Amanah Pusat. Adakah ini yang dinamakan pertandingan?
Begitu juga dengan lagu tema parti. Mengapa penciptaan lagu tidak dipertandingkan? Tahu-tahu sahaja pada majlis 16 September yang lepas sudah dilancarkan lagu rasmi Parti Amanah Negara. Apakah begitu sukar untuk membuka satu pertandingan mencipta lagu dengan membuka penyertaan pada semua pihak. Pilih satu tarikh utk semua peserta persembahkan lagu ciptaan mereka. Lantik satu jawatankuasa penilai yang terdiri daripada mereka yang benar-benar ahli dan mahir dalam bidang muzik. Bukan pilih panel dalam kalangan AJK yg buta seni dan syok sendiri. Sendiri buat lagu dan sendiri angkat jadi lagu rasmi. Adakah ini yang dikatakan inklusif?
Ini bukan cara anak muda. Cara seperti ini tidak menjadi pilihan anak muda pada hari ini. Anak muda lebih suka mereka dilibatkan dalam menilai dan membuat sesuatu keputusan. Sepatutnya pertandingan untuk mencari logo terbaik boleh melalui media sosial yg begitu dekat dengan anak muda. Sebagai contoh, paparkan semua logo-logo yg telah dipertandingkan di ‘Facebook’. 3 logo yang mendapat 'like' terbanyak akan dipilih untuk dinilai, dibincang dan dibahas dengan sebaiknya oleh jawatankuasa penilai. Sikap "KAMI lebih tahu apa yang KAMI buat" telah menghancurkan persepsi awam terhadap parti baru ini. Tidak rugi pun beralah dengan membuat kenyataan mengaku salah dan menarik semula logo yang ternyata diciplak dari logo lain. Kenyataan yang sombong dan bongkak hanya akan menjauhkan anak muda di luar sana dengan 'parti masa depan' ini.
Jadikan parti ini adalah parti yang benar-benar milik rakyat. Parti yang terbuka untuk membuka ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya anak-anak muda melibatkan diri dalam bersuara dan membuat keputusan. Bukan seperti mana sebahagian AJK Pusat yg awal-awal lagi menghancurkan istilah INKLUSIF yang dicanang-canang sejak awal. Tetapi sekadar membawa semula perangai EKSKLUSIF yang melekat semasa dalam PAS.
Para pimpinan pada hari ini juga pernah melalui usia muda yang agresif dan kritikal kepada pimpinan satu masa dahulu. Ini adalah suara hati saya sebagai anak muda. Jika ianya bersifat teguran, terimalah teguran saya sebagai anak muda kepada pimpinan pada hari ini. Saya mohon maaf jika bahasa dan tulisan saya tidak disenangi.
Saya sayangkan agama dan negara saya melebihi parti baru ini. Jika parti baru ini masih tidak boleh berubah, pada bila-bila masa saya boleh memilih jalan yang lain. Ketika itu jangan mimpi anak muda di luar mahu bersama parti baru ini. Malah anak muda yg di dalam tidak segan-segan mahu keluar meninggalkan parti 'so-called' PROGRESIF ini.
Terima kasih.
Nur Hadi Mohamad
21 September 2015
Usrah kita tiada ruh atau kita yang tiada ruh?
Usrah kita tiada ruh atau kita yang tiada ruh?
Usrah ialah wasilah untuk membina disiplin diri dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Namun usrah yang sering disebutkan itu tidak lagi seperti yang digambarkan oleh Hassan Al Banna.
Ramai daripada kita yang sering mengadu tentang naqib kita yang 'tidak cukup latihan'. Usrah kita kurang unsur ruhiyyah, usrah kita kurang aspek intelektual, usrah kita kurang pembinaa akhlak, usrah kita tidak segar dan dinamik, usrah kita usrah chips more (kejap ada kejap takda), usrah kita usrah makan - makan dan sembang sahaja, dan usrah kitalah usrah yang paling bosan dan tak kena dengan jiwa kita. Betul. Ini silap naqib, bukan silap kita. Kerana yang nak masuk syurga itu adalah naqib kita, bukan kita.
Persoalan yang tidak mengharapkan jawapan.
Mana kita disaat naqib kita ajak buat usrah? Dimana kita ketika usrah kita buat katibah? Ada yang berlengah² datang lambat dan kadang - kadang tak join langsung. Kenapa kita selalu menggeleng - gelengkan kepala apabila diminta untuk mengulas sesuatu perbahasan, sampai bila baru kita nak belajar? Dimana kita di saat usrah kita ajak pergi daurah ilmi? Kenapa kita selalu selalu ponteng apabila usrah kita buat program ukhwah, kita hampir tak kenal adik beradik usrah kita, dan yang paling sedih sekali, adakah kita menelaah bahan - bahan luaran yang berkaitan tajuk usrah sebelum usrah kita bermula. Susah sangatka nak cebek dan kongsi pengisian buku² yang telah kita baca di dalam usrah?
Usrah kita hambar adalah kerana sikap kita sendiri. Pindahlah ke seribu usrah atau jemaah yang lain sekalipun, sekiranya kita masih lagi dengan sikap kita yang culas dengan pengisian usrah serta kuat mengajuk (tak matang), maka kita akan kekal di takuk yang lama.
Jangan kita bermimpi nak jumpa Rasulullah selagimana kita tidak ubah sikap dan disiplin diri kita dalam ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah swt.
Kita boleh susun masa untuk makan walau sekali sehari, kenapa kita tak boleh susun masa untuk buat usrah seminggu sekali?
Wallahua'lam, pesanan untuk diri sendiri dan mimpi buruk + amaran buat semua budak² yang nak masuk Universiti bulan 9 ni.
Usrah ialah ibadah.
Usrah kita tiada ruh atau kita yang tiada ruh?
Usrah kita tiada ruh atau kita yang tiada ruh?
Usrah ialah wasilah untuk membina disiplin diri dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Namun usrah yang sering disebutkan itu tidak lagi seperti yang digambarkan oleh Hassan Al Banna.
Ramai daripada kita yang sering mengadu tentang naqib kita yang 'tidak cukup latihan'. Usrah kita kurang unsur ruhiyyah, usrah kita kurang aspek intelektual, usrah kita kurang pembinaa akhlak, usrah kita tidak segar dan dinamik, usrah kita usrah chips more (kejap ada kejap takda), usrah kita usrah makan - makan dan sembang sahaja, dan usrah kitalah usrah yang paling bosan dan tak kena dengan jiwa kita. Betul. Ini silap naqib, bukan silap kita. Kerana yang nak masuk syurga itu adalah naqib kita, bukan kita.
Persoalan yang tidak mengharapkan jawapan.
Mana kita disaat naqib kita ajak buat usrah? Dimana kita ketika usrah kita buat katibah? Ada yang berlengah² datang lambat dan kadang - kadang tak join langsung. Kenapa kita selalu menggeleng - gelengkan kepala apabila diminta untuk mengulas sesuatu perbahasan, sampai bila baru kita nak belajar? Dimana kita di saat usrah kita ajak pergi daurah ilmi? Kenapa kita selalu selalu ponteng apabila usrah kita buat program ukhwah, kita hampir tak kenal adik beradik usrah kita, dan yang paling sedih sekali, adakah kita menelaah bahan - bahan luaran yang berkaitan tajuk usrah sebelum usrah kita bermula. Susah sangatka nak cebek dan kongsi pengisian buku² yang telah kita baca di dalam usrah?
Usrah kita hambar adalah kerana sikap kita sendiri. Pindahlah ke seribu usrah atau jemaah yang lain sekalipun, sekiranya kita masih lagi dengan sikap kita yang culas dengan pengisian usrah serta kuat mengajuk (tak matang), maka kita akan kekal di takuk yang lama.
Jangan kita bermimpi nak jumpa Rasulullah selagimana kita tidak ubah sikap dan disiplin diri kita dalam ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah swt.
Kita boleh susun masa untuk makan walau sekali sehari, kenapa kita tak boleh susun masa untuk buat usrah seminggu sekali?
Wallahua'lam, pesanan untuk diri sendiri dan mimpi buruk + amaran buat semua budak² yang nak masuk Universiti bulan 9 ni.
Usrah ialah ibadah.
Saturday, 19 September 2015
PRK (Pilihan Raya Kampus) 2015 : Pro Mahasiswa UIAM menang besar mengalahkan Pro Aspirasi.
Alhamdulillah pada tahum ini (2015) mahasiswa UIAM sekali lagi membuktikan yang mereka bersama gagasan Pro - Mahasiswa. Pro Aspirasi di UIAM langsung tidak mendapat sambutan dan hanya menang di kerusi yang tidak ada pertandingan. Tiada undian dilakukan, dan saya berani jamin sekiranya kerusi tersebut ada pertandingan, maka mereka tidak akan ada tempat untuk bertapak dalam kerusi MPP tahun ini.
Tahun ini juga PRK UIAM menyaksikan satu perkembangan politik siswa yang baru dimana Jemaah - jemaah islam yang lain mula mengambil bahagian secara serius dalam PRK. Dianamika gerakan mahasiswa uslam yang baru dimana mereka bersedia menceburkan kader - kader dari jemaah masing bagi mengambil bahagian salam PRK kali ini. Tahniah kepada semua yang mengam bil bahagian, perkembangan yang tersangat baik.
Berikut merupakan data yang menunjukkan keputusan PRK UIAM kali ini.
Keputusan PRK UIAM 2015
WUFI (PRO MAHASISWA UIAM) : 14 Kerusi
PRO UNIVERSITI (PRO ASPIRASI) : 2 Kerusi
BEBAS : 1 Kerusi
IKRAM SISWA UIAM GOMBAK : 1 Kerusi
INTERNATIONAL : 5 Kerusi
Jumlah kiraan undi bagi setiap kerusi lokal yang dipertandingkan.
IRK
Fatin nabielah : Menang tanpa bertanding
Fikri nawawi : Menang tanpa bertanding
KAED
Zarif : Menang tanpa bertanding
Mahfuzah : Menang tanpa bertanding
KICT
Anwar rahmat : Menang tanpa bertanding
Ismail johari : Menang tanpa bertanding
KOE
Tuan noor amyrah : Menang tanpa bertanding
Syarifuddin sopian : Menang tanpa bertanding
HS
Yusuf : 556
Halim : 309
Farah nabilah : 937
Atiqah : 630
Hafiz : 723
AIKOL
Ulya : 554
Hiqmar : 289
Aiman azahan : 662
Adibah adnan : 429
ECONS
Aisyhah : 339
Diyana fazirah : 393
Diyana najwa : 534
Abdullah : 991
Syamil : 360
EDU
Aminah : 78
Ainaa : 61
Asyiqin : 56
Hajar : 147
Solehah : 72
Fahmi : 236
KLM
Liyana : 142
Ainil izyan : 46
Amnah : 205
Amiruddin : 203
Berikut pula merupakan di antara front yang mengambil bahagian dalam PRK kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang bertanding.
1. WUFI (PRO MAHASISWA UIAM)
2. IKRAM SISWA UIAM GOMBAK
3. PEMBINA
4. PKPIM
Sebagai kampus tunggal yang di menangi oleh Pro - Mahasiswa (setakat ini), taklifat ini merupakan taklifat tertumpu kepada pasukan yang baru dilantik ini. Satu dunia akan memberikan tumpuan penuh mereka kepada pasukan yang ada. Adakah MPP yang dikuasai oleh mahasiswa yang pro student interest ini betul - betul berbeza dengan MPP yang ada di UM, UKM dan kampus - kampus lain yang dikuasai oleh pro - Aspirasi atau sama sahaja tiada bezanya?
Saya juga tertunggu - tunggu. Dan saya mengharapkan polisi dan dasar yang akan dibawa oleh pasukan ini 200% berbeza dan berbaloian dengan judian yang telah diberikan oleh mahasiswa dalam undian mereka sebelum ini.
Pesan saya, jangan sampai mahasiswa hukum Pro - M pada tahun akan datang sekiranya pasukan ini menegecewakan mereka. Ianya tidak mustahil jika mereka ingin berbuat demikian, kerana MPP ini milik mereka, bukan milik Pro - M.
All the best duhai panah - panah islam, meluncur lajulah dengan padu menerobos angin dan cabaran, tetap teguh dengan pendirian dalam mengenai sasaran.
Kalian kebanggaan islam!
Kepada Dato Mizan, selamat jalan saya ucapkan. Nampak gaya tak kekal lama tuh. Kalah lagi tahun ini. Takyah tipu kementerianlah, kami dah hantar orang untuk maklum hal yang sebenar. Dah boleh dah nak kemas meja tu slow², sila angkat kaki dari UIAM ini dengat hormat.
Wasalam.
Tahun ini juga PRK UIAM menyaksikan satu perkembangan politik siswa yang baru dimana Jemaah - jemaah islam yang lain mula mengambil bahagian secara serius dalam PRK. Dianamika gerakan mahasiswa uslam yang baru dimana mereka bersedia menceburkan kader - kader dari jemaah masing bagi mengambil bahagian salam PRK kali ini. Tahniah kepada semua yang mengam bil bahagian, perkembangan yang tersangat baik.
Berikut merupakan data yang menunjukkan keputusan PRK UIAM kali ini.
Keputusan PRK UIAM 2015
WUFI (PRO MAHASISWA UIAM) : 14 Kerusi
PRO UNIVERSITI (PRO ASPIRASI) : 2 Kerusi
BEBAS : 1 Kerusi
IKRAM SISWA UIAM GOMBAK : 1 Kerusi
INTERNATIONAL : 5 Kerusi
Jumlah kiraan undi bagi setiap kerusi lokal yang dipertandingkan.
IRK
Fatin nabielah : Menang tanpa bertanding
Fikri nawawi : Menang tanpa bertanding
KAED
Zarif : Menang tanpa bertanding
Mahfuzah : Menang tanpa bertanding
KICT
Anwar rahmat : Menang tanpa bertanding
Ismail johari : Menang tanpa bertanding
KOE
Tuan noor amyrah : Menang tanpa bertanding
Syarifuddin sopian : Menang tanpa bertanding
HS
Yusuf : 556
Halim : 309
Farah nabilah : 937
Atiqah : 630
Hafiz : 723
AIKOL
Ulya : 554
Hiqmar : 289
Aiman azahan : 662
Adibah adnan : 429
ECONS
Aisyhah : 339
Diyana fazirah : 393
Diyana najwa : 534
Abdullah : 991
Syamil : 360
EDU
Aminah : 78
Ainaa : 61
Asyiqin : 56
Hajar : 147
Solehah : 72
Fahmi : 236
KLM
Liyana : 142
Ainil izyan : 46
Amnah : 205
Amiruddin : 203
Berikut pula merupakan di antara front yang mengambil bahagian dalam PRK kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang bertanding.
1. WUFI (PRO MAHASISWA UIAM)
2. IKRAM SISWA UIAM GOMBAK
3. PEMBINA
4. PKPIM
Sebagai kampus tunggal yang di menangi oleh Pro - Mahasiswa (setakat ini), taklifat ini merupakan taklifat tertumpu kepada pasukan yang baru dilantik ini. Satu dunia akan memberikan tumpuan penuh mereka kepada pasukan yang ada. Adakah MPP yang dikuasai oleh mahasiswa yang pro student interest ini betul - betul berbeza dengan MPP yang ada di UM, UKM dan kampus - kampus lain yang dikuasai oleh pro - Aspirasi atau sama sahaja tiada bezanya?
Saya juga tertunggu - tunggu. Dan saya mengharapkan polisi dan dasar yang akan dibawa oleh pasukan ini 200% berbeza dan berbaloian dengan judian yang telah diberikan oleh mahasiswa dalam undian mereka sebelum ini.
Pesan saya, jangan sampai mahasiswa hukum Pro - M pada tahun akan datang sekiranya pasukan ini menegecewakan mereka. Ianya tidak mustahil jika mereka ingin berbuat demikian, kerana MPP ini milik mereka, bukan milik Pro - M.
All the best duhai panah - panah islam, meluncur lajulah dengan padu menerobos angin dan cabaran, tetap teguh dengan pendirian dalam mengenai sasaran.
Kalian kebanggaan islam!
Kepada Dato Mizan, selamat jalan saya ucapkan. Nampak gaya tak kekal lama tuh. Kalah lagi tahun ini. Takyah tipu kementerianlah, kami dah hantar orang untuk maklum hal yang sebenar. Dah boleh dah nak kemas meja tu slow², sila angkat kaki dari UIAM ini dengat hormat.
Wasalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)