Tuesday, 22 September 2015

Usrah kita tiada ruh atau kita yang tiada ruh?

Usrah kita tiada ruh atau kita yang tiada ruh?
Usrah ialah wasilah untuk membina disiplin diri dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Namun usrah yang sering disebutkan itu tidak lagi seperti yang digambarkan oleh Hassan Al Banna.
Ramai daripada kita yang sering mengadu tentang naqib kita yang 'tidak cukup latihan'. Usrah kita kurang unsur ruhiyyah, usrah kita kurang aspek intelektual, usrah kita kurang pembinaa akhlak, usrah kita tidak segar dan dinamik, usrah kita usrah chips more (kejap ada kejap takda), usrah kita usrah makan - makan dan sembang sahaja, dan usrah kitalah usrah yang paling bosan dan tak kena dengan jiwa kita. Betul. Ini silap naqib, bukan silap kita. Kerana yang nak masuk syurga itu adalah naqib kita, bukan kita.
Persoalan yang tidak mengharapkan jawapan.
Mana kita disaat naqib kita ajak buat usrah? Dimana kita ketika usrah kita buat katibah? Ada yang berlengah² datang lambat dan kadang - kadang tak join langsung. Kenapa kita selalu menggeleng - gelengkan kepala apabila diminta untuk mengulas sesuatu perbahasan, sampai bila baru kita nak belajar? Dimana kita di saat usrah kita ajak pergi daurah ilmi? Kenapa kita selalu selalu ponteng apabila usrah kita buat program ukhwah, kita hampir tak kenal adik beradik usrah kita, dan yang paling sedih sekali, adakah kita menelaah bahan - bahan luaran yang berkaitan tajuk usrah sebelum usrah kita bermula. Susah sangatka nak cebek dan kongsi pengisian buku² yang telah kita baca di dalam usrah?
Usrah kita hambar adalah kerana sikap kita sendiri. Pindahlah ke seribu usrah atau jemaah yang lain sekalipun, sekiranya kita masih lagi dengan sikap kita yang culas dengan pengisian usrah serta kuat mengajuk (tak matang), maka kita akan kekal di takuk yang lama.
Jangan kita bermimpi nak jumpa Rasulullah selagimana kita tidak ubah sikap dan disiplin diri kita dalam ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah swt.
Kita boleh susun masa untuk makan walau sekali sehari, kenapa kita tak boleh susun masa untuk buat usrah seminggu sekali?
Wallahua'lam, pesanan untuk diri sendiri dan mimpi buruk + amaran buat semua budak² yang nak masuk Universiti bulan 9 ni.
Usrah ialah ibadah.

No comments:

Post a Comment