Respect dengan seorang sahabat ini. Dia adalah pembantuku dalam banyak gerak kerja di kampus. Selalu sabar dengan kerenah aku yang banyak 'songeh' dan jumud. Aku lihat dia tabah dalam hari - hari beliau bersama aku. Moga Allah beri ganjaran yang setimpalnya kepada beliau.
Satu hari beliau didapati telah membuat kesalah kepada diriku, secara teorinya aku sangat benci kepada beliau. Tapi di atas dasar kerja dan ibadah, aku tabahkan diri untuk terus setia menyempurnakan taklifat kerja bersama beliau sehingga ke garisan penamat. Sikit sahaja lagi, alhamdulillah setakat ini perasaan benci tersebut masih dalam keadaan terkawal dah mungkin sedang berkurang, sedikit.
Dalam tika beliau membuat kesalahan kepadaku itu, beliau still lagi blur dan tak tahu apa kesalahan beliau, beliau tercari - cari apakah puncanya. Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri bagi mengawal rasa marah yang akan membodohkan diri aku sendiri kelak. Banyak pertanyaan beliau yang aku hiraukan. Alhamdulillah teori pengurusan rasa benci aku kepada beliau kali ini berkesan. Perasaan marah tersebut hilang tanpa lagi ada rasa dendam dan benci yang melampau kepadanya.
Apa yang uniknya ialah, ketika beliau reply kepadaku dengan satu mesej yang unik dan makan dalam, iaitu dengan kalimah, "... Allahumma Sholli 'ala Muhammad.."
Allahuakbar ! aku malu kepada mu ya Rasulullah saw dan Tuhanku Allah swt.
Moga Allah redha