Monday, 19 November 2012

Biah Solehah di Kampus




Kempen Biah Solehah(KBS) sememangnya merupakan suatu program klise tahunan bagi setiap kampus. Ia merupakan adat yang tak boleh ditinggalkan oleh mana – mana Majlis Perwakilan Pelajar di setiap kampus. Tak dinafikan ia merupakan hasrat yang cukup suci lagi murni untuk dilaksanakan bagi para mahasiswa di peringkat kampus. Ia mendambakan suatu natijah yang bersifat kolektif serta komprehensif. Satu impian optimistik yang mengharapkan penjelmaan semula Generasi Al Quran yang Unik dalam carta strata sosial anak muda. Sebuah sistem sosial yang mengaplikasikan intipati – intipati yang ada di dalam Al Quran secara total. Kehidupan yang sejahtera persis zaman RasululuLLAH saw dan sahabat – sahabat ra.

Ketika Assaiyidah `Aiisyah Radhiallahu’anha ditanya mengenai kelakuan, perangai dan perjalanan hidup Rasulullah SAW maka beliau menjawab :

“kelakuan dan perjalanan hidup beliau (Rasulullah saw) itu ialah Al-Quran”
[Hadis riwayat Nasai]

Imran b. Hushain ra berkata, Rasulullah saw bersabda :

Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. Imran berkata,”Saya tidak ingat sama ada (Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) menyebut 2 atau 3 kurun selepasnya”.
[ Hadis Riwayat al Bukhari]

Normalnya, perlaksanaan KBS di peringkat kampus berlegar di sekitar beberapa tema perdana yang disandarkan di sisi hadis Nabi saw. Hadis haq Al Thoriq. Kebanyakan pimpinan – pimpinan kampus bersetuju terhadap garis panduan murni KBS ini. 

Sabda Nabi saw :

“Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.”

Maka mereka (para sahabat) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.” Nabi menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.” Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?”

Nabi menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.”
[Hadis Riwayat al-Bukhari]

Komponen – komponen atau tema KBS yang dikeluarkan melalui hadis di atas.

1] Tundukkan pandangan : ikhtilat(pergaulan di antara lelaki dan perempuan) yang terkawal.
2] Tidak menyakiti : no bully !(ukhwah islamiyyah) atau manjaga kebersihan persekitaran kampus.
3] Menjawab salam : budayakan 3S(senyum, sapa,salam).         
4] Amar ma’ruf  and nahi mugkar: dakwah atau tazkirah yang berterusan.

Apabila kita berbicara soal KBS banyak belanjawan atau dana wang ringgit yang telah diperuntukkan dan banyak tenaga – tenaga mereka yang ‘angau’ dengan syurga telah dikerahkan. Namun terdapat bebeberapa persoalan atau polemik - polemik yang ramai daripada kita termasuk perwakilan – perwakilan kampus(pelaksana kempen) buat – buat tak nampak dan pada masa yang sama saling bertawakkal buta kepada Allah swt. Ia adalah suatu yang dianggap faktor picisan, namun rumit dan memerlukan suatu daya korban yang tinggi daripada para mahasiswa dan para pimpinan mahasiswa.

“Collective Work”. Hubungan dua hala serta kerjasama yang konsisten di antara dua lapisan carta sosial kampus ini sering dilupakan. Ia merupakan elemen yang terpenting dalam usaha melestarikan biah solehah di dalam atmosfera kampus. Pimpinan mahasiwa membuka medan, para mahasiswa mengisi kekosongan. Biah solehah/Islamic Environment cemerlang dijayakan. Namun, ia sering ditinggal belakangkan dalam misi KBS ini. Ramai daripada kita yang kenal nama RasuluLLAH saw dan para sahabat ra dalam kitab – kitab Sirah atau Tarikh, namun kurang yang kenal dan mahu kenal serta ingin manyambung PERJUANGAN Baginda saw dan para sahabat ra. Escapisme mengusai diri. Budaya, hidup aku, perjuangan aku. Hidup perwakilan mahasiswa, perjuangan retorik para perwakilan sekalian. Seringkali melepaskan diri mencipta alasan. Senario perpecahan kronik di antara dua strata lapisan sosial ini mengundang pembaziran yang ketara dalam pegurusan sumber manusia dalam legasi dakwah. Sedarlah kalian, bahawa sesungguhnya, hanya kesatuan dalam perpaduan  yang akan membuahkan hasil dalam perjuangan. Ingatlah disaat Allah swt berkata – kata.

Firman Allah swt :

“...dan hendaklah kamu bantu – membantu atara satu sama lain ke atas kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bantu membantu antara satu sama lain ke atas dosa dan permusuhan, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha berat azabnnya.”
[Al Maidah : 2]

“ Sesungguhnya, Allah mencintai mereka yang berjuang di jalaNYA, dalam satu organisasi(pemimpin dan pengikut) yang tersusun, bagaikan sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
[As Saff : 4]

Sabda nabi Muhammad saw :

“ Barangsiapa yang memisahkan dirinya daripada jemaah(organisasi islam) sekadar sejengkal, maka sesungguhnya dia telah menanggalkan islam daripada lehernya, sekalipun dia bersolat berpuasa dan menyangka dirinya seorang muslim”
[Hadis Riwayat At Tirmidzi]

Berdasarkan daripada dalil naqli(Al Quran dan hadis sahih) di atas, tak dinafikan lagi bahawa semua peringkat mahasiswa harus berkerjasama dalam usaha melestarikan biah solehah di kampus masing – masing. Tak kira sama ada dia adalah perwakilan mahasiswa, ataupun mahasiswa yang tidak berjawatan, kesemuanya haruslah mempunyai kesedaran yang bersifat Rabbani ke atas usaha yang kolektif dalam agenda yang murni ini. Ia bukanlah suatu gerakan yang membutuhkan timbal balik ganjaran di dunia bahkan sebaliknya, ia adalah semata – mata ekspresi anak muda terhadap azam dan jihad terhadap seruan perjuangan Baginda saw dan para sahabat. Membenamkan syariat islam ke dalam diri setiap mahasiswa di kampus sebagai sistem kehidupan yang komprehensif dan seimbang. Sokongan padu dan komitmen yang dedikasi daripada kedua pihak sangat – sangat memainkan peranan. Baik perwakilan mahasiswa ataupun mahasiswa itu sendiri.

Selain itu, KBS yang diadakan secara membabi buta dan ibarat melepaskan batuk ditangga juga sering berlaku. Tidak ada sasaran madh’u mahupun penekanan terhadap aspek biah solehah secara khusus ataupun berfokus. Semuanya berjuang bermati – matian atas dasar iman yang tak berbelah bagi disamping mengharapkan ganjaran daripada Allah swt.  Masalah yang mendatang disebabkan salah sendiri dikatakan ibtila’ daripada Allah swt, bukti perjuanganya benar. Romantis dengan strategi kuno sendiri dan pengurusan berterabur. Kesalahan demi kesilapan sering terpelanting diarahtujukan puncanya ke arah ajk bawahan. Apabila ditanya, apakah itu biah solehah? Asap gorengan bawang yang hampir hangus merebak ke ruang udara. Goreng tak habis – habis. Jawatankuasa perlaksana seharusnya merangkasatu pelan tindakan master yang berfokus. Lagi sedikit lagi bagus(fokus tadi). Contoh, kebersihan dan budaya 3S. Kualiti diutamakan ke atas kuantiti. Perincikan jenis – jenis sasaran madh’u. Senaraikan apa yang menjadi tarikan kepada kelompok – kelompok madh’u yang beragam itu, dan apa yang menjadi penghalang diantara mereka dan KBS.

Sabda RasuluLLAH saw :

 "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun.”
[Hadis Riwayat Al-Baihaqi]

Kata-kata Saidina Ali R.A :

“ Kebenaran tanpa perancangan yang tersusun bakal dikalahkan kebatilan yang terancang dan tersusun”

Namun begitu, ana tak nafikan usaha mereka(pimpinan mahasiswa dan mahasiswa sekalian) yang kritis dalam melaksanakan KBS di kampus masing – masing. Tahniah dan moga istiqamah. Alfun mabruk ‘alaikum. Ana tak berniat untuk membincangkan soal teknikal atau perlaksanaan dalam penulisan kali ini. Ia berkait soal waqi' di kampus masing - masing. Hanya ingin menyentuh beberapa perkara perdana yang kadang – kadang kita terlupa.

waLLAHUa’lam.

Sunday, 11 November 2012

Tarbiah itu Luas


Tarbiah pada bahasa membawa maksud pendidikan. Ia merupakan apa – apa bentuk mekanisme yang mampu mendidik seseorang individu untuk bertaqwa kepada Allah swt, selagi mana ia tidak bertentangan dengan syar’ie. Dan ia merupakan suatu tuntutan terhadap mereka yang beriman.
Firman Allah swt :
 
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan”
(Surah Al-Maidah ayat 35)

Tarbiah boleh jadi berbentuk  Perkemahan Yang Berterusan, Seminar Yang Berterusan, Sukan Yang Berterusan dan lain – lain perkara Yang Berterusan. Apa yang penting bagi sesebuah bentuk TARBIAh itu ialah, ia mestilah bersifat BERTERUSAN dan selari dengan Syari’e.

Imam Hasssa Al Banna telah menggariskan beberapa garis panduan di peringkat awal untuk dijadikan tema kepada mekanisme tarbiah yang kita pilih, antaranya :

1.Aqidah
2.Ibadah
3.Akhlak
4.Ilmu pengetahuan
5.Kesihatan
6.Kemampuan untuk berdikari
7.Pengurusan nafsu
8.Penjagaan masa
9.Pengurusan kerja
10. Amal kebajikan

Mengapa kita perlukan tarbiah dalam hidup kita? Jawapannya ialah iman seorang mukmin itu ibarat kulit bawang yang nipis dan mudah disiat - siat. Adapun diri kita sebagai seorang manusia berfitrah untuk memilih jalan hidup yang gembira dan menurut hawa nafsu. Lantas, tarbiah menjadi pagar kepada seseorang muslim itu untuk menari di atas dunia ini sehendaknya tanpa melampaui batas sama ada dalam aspek ibadah mahupun hiburan.

Sabda nabi Muhammada saw :

“ Sesungguhnya, iman yang berada di dalam hati kamu menjadi lusuh sepertimana lusuhnya pakaian. Oleh itu, pohonlah kepada Allah supaya Dia memperbaharui iman di dalam hati kamu “
[ HR Al Tabrani ]

“ Jauhilah olehmu daripada berlebih - lebihan dalam beragama, karana binasanya orang-orang sebelum kamu (Ahlul Kitab) adalah disebabkan sikap berlebih - lebihan mereka dalam beragama “
[ HR Ibn Majah ] 

Tarbiah yang tersusun pada dasarnya mempunyai 3 FASA :

1] Pengenalan
2] Pembinaan
3] Perlaksanaan



Anjing disisi Islam


Ramai umat islam mempunyai salah tanggapan terhadap anjing, terutama masyarakat melayu. Disini ana tampilkan beberapa maklumat ringan tentang anjing disisi islam. Sila kutuk dan kritik.
 
Firman Allah swt :

"Mereka bertanya kepada kamu Wahai Muhammad ! Apakah yang dihalalkan bagi mereka?’ Katakanlah ‘Dihalalkan atas kamu (makanan) yang baik-baik(dan halal memakan haiwan buruan yang ditangkap atau dimamah oleh haiwan pemburu) yang apa-apa telah diajarkan (dilatih) atas mereka daripada haiwan pemburuan yang telah kamu latih dengan mengajarnya dengan apa-apa yang mengajarkan oleh Allah akan kamu. Maka makanlah dengan apa-apa yang ditangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah (Bismillah) atasnya (semasa melepaskan binatang pemburu itu)".
[Ayat 4, Surah al-Maidah]

Firman Allah swt ini menyebutkan bahawa haiwan buruan yang ditangkap oleh anjing buruan itu halal dimakan sekiranya ketika melepaskannya, orang yang memburu menyebut nama Allah swt (Bismillah). Tidak perlu haiwan buruan yang ditangkap itu disamak terlebih dahulu. Mengambil qiasan dari ayat ini, jelaslah anjing bukan merupakan najis berat yang perlu disamak. Mustahil disamak atau tidak praktikal disamak haiwan buruan yang dimamah anjing kerana air liurnya telah mengenai badan dan daging haiwan buruan tersebut.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila anjing minum (dengan ujung lidahnya) dalam wadah milik salah seorang di antara kalian, hendaklah ia membuang airnya kemudian membasuh wadah itu tujuh kali.
(Shahih Muslim No.418)

Jilatan anjing yang telah terkena hujan, maka dinding itu menjadi suci; inilah pendapat Syafi’iy (Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal); Ibn Qayyim (Ighasah alLahafan, Jld 1, ms 155) berpendapat jika najis itu terkena panas matahari dan tiupan angin pun telah menghilangkan najis itu. Syaikhul Islam Abul Abbas Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 1 ms 475) berpendapat sesungguhnya najis yang lenyap dengan apa jua secara tabi’iy termasuk panas matahari, angin, atau hujan, maka hilanglah hukum najis ke atasnya.”

Pandangan imam Malik, air tanah itu hanyalah panduan untuk kebersihan sahaja, Siapa buat dapat pahala, tak buat tak mengapa.

Imam Syafe'i mengambil 'illah' iaitu apa yang dijilat oleh anijng menjadi BASAH, maka mana - mana bahagian anjing yang BASAH dikira najis dan perlu disamak.

Sabda Nabi Muhammad saw :

"Dari Ibn Syihab dia berkata,Telah bercerita kepada kami Hamzah bin Abdullah dari bapanya (ibn Umar) beliau berkata: Didapati ada anjing-anjing yang kencing dan keluar masuk masjid di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam maka tidak seorangpun (dari para sahabat) menjirus (atau menutup dengan sesuatu) air kencing anjing tersebut". 
[al-Bukhariy : 174] [Abu Dawud :382]

Kerana ketika itu, masjid tiada karpet bahkan berlantaikan tanah ~

Tiada nash yang sahih mendakwa bahawa Khinzir perlu disamak(selain dalil haram makan : Quran), tapi ulama' membuat  andaian bahawa sekiranya jilatan anjing perlu disamak, maka khinzir lebih - lebih lagi(fitrah manusia bencikan khinzir).

Islam tidak menghina keberadaan anjing dan meletakkan ia ditempat yang terkutuk, bahkan sebaliknya. Al Quran dan Hadis telah membuktikan yang anjing juga diiktiraf dan telah menjadi rahmat kepada manusia sejagat.

Firman Allah swt :

" Dan engkau menyangka mereka sedar, padahal mereka tidur, dan kami membalik - balikkan ketika tidur ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri, sedangkan ANJING mereka menghulurkan dua kaki depannya di depan pintu dua, jika engkaumelihat mereka, tentulah engkau akan merasa gerun kepada mereka "
[Al Kahfi : 18]

Sabda Nabi Muhammad saw :
 
"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu”
(Riwayat al-Bukhari).

Adapun ayat ini hanyalah menunjukkan sifat semulajadi anjing yang sering menjelir lidah seperti tidak  faham apa - apa..

"Dan kalau Kami Menghendaki sesunggunya Kami Tinggikan derjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidah dan jika kamu biarkannya dia menghulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Cerita-cerita demikian bermaksud agar manusia memikirkannya."
[al-A’raf, : 176]
  
#copy, edit n paste