Alhamdulillah, subhanallah. Allahuma solli 'ala Muhammad.
Yang pertamanya bersyukur kepada Allah swt, atas nikmat kita masih lagi dapat menjinakkan diri kita dalam dunia harakah islamiyyah. Hati kita masih rela untuk dileburkan mengikut acuan tarbiah harakiyyah islamiyyah, alhamdulillah. Beza dan unikanya PAS ini berbanding dengan parti - parti yang lain ialah, PAS bukannya satu badan kemasyarakatan yang semata - mata meletakkan fokus utamanya dalam aspek POLITIK(siasah) sahaja, bahkan sebaliknya. PAS meletakkan 3 asas penting dalam menggerakkan parti mereka iaitu penekanan yang serius terhadap aspek TARBIAH, DAKWAH dan POLITIK. Tiga element tersebut memainkan peranan yang penting iaitu sebagai batu pelengkap di antara satu sama lain disamping menatijahkan serta meletakkan parti PAS sabagai satu - satunya jemaah harakah islamiyyah alamiyyah yang hampir syumul sifatnya.
PAS melihat politik adalah semata - mata sebagai wadah, platform atau lebih lunak didegari sebagai wasilah yang boleh dipergunakan oleh PAS untuk mengerakkan parti mereka selaras dengan cita - cita nabi Muhammad saw. PAS berpendirian bahawa, politik adalah merupakan salah satu daripada ribuan wadah yang boleh digunakan untuk menggerakkan islam di Malaysia. Dalam pada begitu, Majlis Syura Ulama' PAS(rujuk perlembagaan PAS, fasal 8) yang terdiri daripada 17 org ahli, telah memutuskan dan memberi jaminan bahawa sehingga hari ini, terjun dalam bidang politik adalah jalan yang terbaik untuk sesuatu gerakan islam menggerakkan serta mengangkat syariat islam di peringkat global. Disebabkan pendirian yang jelas inilah, PAS tidak mempunyai masalah atau terkesima dengan keputusan PRU13 baru - baru ini. Mereka yakin bahawa kemenangan dalam PRU13 bukanlah satu - satunya perjuangan PAS, bahkan lebih daripada itu. Ia juga menjadikan PAS bukanlah parti yang semata - mata bergiat aktif pada fasa - fasa tertentu sahaja, sebagai contoh, fasa atau musim PRU13. PAS bergiat aktif pada setiap masa sebagai satu parti gerakan islam yang tersusun dan istiqamah gerak kerjanya dalam segenap aspek kehidupan masyarakat Malaysia.
Sehingga hari ini(selepas PRU13), dalam Parlimen PAS berjaya menawan sebanyak 21 kerusi daripada 222 kerusi yang ada dimana, Kedah : 1 kerusi, Kelantan : 9 kerusi, Terengganu : 4 kerusi, Perak : 2 kerusi, Pahang : 1 kerusi, dan Selangor : 4 kerusi. Di samping itu, di perimgkat DUN PAS telah memegang sebanyak 85 kerusi daripada 505 kerusi yang ada dimana, Perlis 1 kerusi, Kedah : 9 kerusi, Kelantan : 32 kerusi, Terengganu : 14 kerusi, Pulau Pinang : 1 kerusi, Perak : 5 kerusi, Pahang : 3 kerusi, Selangor : 15 kerusi, Melaka : 1 kerusi, dan Johor : 4 kerusi. Secara paraktikal dan jujurnya, PAS secara bersendirian masih lagi tidak berupaya untuk menguasai tampuk kepimpinan negara serta memasakkan konsep negara berkebajikan di Malaysia meskipun PAS telah mempunyai kelantan sebagai tapak pemusatan awal. Namun begitu, berkat daripada Tahaaluf Siyasi, PAS dengan kerjasama damai bersama DAP(Parlimen : 38 kerusi, DUN : 95 kerusi) dan PKR(Parlimen : 30 kerusi, DUN : 49 kerusi) mula mendapat sokongan politik secara tidak langsung dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional(Parlimen : 133 kerusi, DUN : 275 kerusi) dan Rosmah Mansor.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke - 13
Parlimen
PR : 089 kerusi
BN : 133 kerusi
DUN
PR : 229 kerusi
BN : 275 kerusi
BEBAS : 1kerusi
PAS secara keseluruhannya merupakan satu parti gerakan islam yang sangat - sangat menitik beratkan aspek tarbiah. Bak kata budak - budak nakal, "tanpa tarbiah, PAS gerenti rebah". Tarbiah membentuk ahli - ahli PAS untuk sentiasa mempersiapkan diri untuk melaksanakan segala bentuk jenis kerja yang diputuskan oleh pucuk pimpinan mereka dengan komited dan konsistent. Tarbiah juga melahirkan ahli PAS yang bersungguh - sungguh melaksanakan segala gerak kerja parti tanpa meletakkan setitik harapan untuk mendapatkan mana - mana imbuhan yang bersifat materialistik ataupun duniawi. Dalam sistem tarbiah, terdapat beberapa peruntukan asasi yang mendokong doktrin Rabbani. Doktrin Rabbani merupakan satu pengukuhan aqidah dan pemahaman yang sebenar terhadapa nilai asli islam
PAS menerapkan element tarbiah kepada ahli - ahlinya melalui beberapa wasilah, di antaranya ialah usrah, camping, ziarah ulama dan tamrin. Usrah merupakan tunjang tarbiah PAS. Ia dilaksanakan di setiap peringkat, sama ada pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Setiap ahli PAS dikehendaki untuk masuk usrah dan ia dilaksanakan secara berkala. Secara tektikalnya, tarbiah PAS mempunyai 3 Fasa atau Peringkat. Fasa 1 dipanggil PENGENALAN, Fasa 2 dipanggil PEMBENTUKAN dan Fasa 3 dipanggil PELAKSANAAN. Setiap fasa ada silibus dan pengisiannya yang tersendiri dan disususun secara khusus sesuai dengan tahap kefahaman ahli tersebut terhadap falsafah harakah islamiyyah alamiyyah.
Akhir sekali, PAS juga membentuk ahli mereka dengan ikatan ukhwah islamiyyah. Tiada yang mulia diantara mereka kecuali mereka yang dekat dengan Allah swt. Pangkat, harta, wajah dan segala kelebihan yang ada langsung tidak dapat menjauhkan mereka sesama ahli. Apa yang menjadi tujuan hidup mereka hanyalah Redha Allah swt. Mereka tidak ghairah dengan harta, mereka tidak terdesak untuk mencari populariti dan mereka tidak terkejar - kejar untuk menjadi pimpinan. Apa yang ada dalam fikiran mereka hanyalah, sedia ditarbiah dan sedia menjadi tentera Allah. Ideologi inilah yang tertanam dalam diri mereka dan pada waktu yang sama, mereka mencintai sesama mereka lebih daripada mereka menyayangi keluarga, harta dan diri mereka. Cinta diantara satu sama lain dan benci diantara satu sama lain semata - mata keranan Allah, sekaligus meletakkan kepentingan dunia jauh daripada motif persahabatan mereka.. Seakan - akan, apabila seorang sakit seluruh ahli akan terasa sakit dan yang paling unik, apabila seorang daripada mereka dihina, hampir seluruh ahli akan terasa. Begitu cantiknya ukhwah islamiyyah yang dibentuk. Sekian^^
Anda nilai ...
#Empowering the synergy of Tarbiah, Dakwah n Siasah ~
