Monday, 22 October 2012

Wasathiyyah & Istiqamah





Sungguh islam itu menuntut kita untuk sentiasa seimbang(wasathiyyah) dalam semua perkara. Baik dalam hak kebajikan, ibadat dan hiburan. Apa yang penting dalam islam adalah mustamirrun(berterusan atau istiqamah). Amalan yang wasathiyyah serta istiqamah itu hakikatnya nanti akan mengundang rasa lazat serta ghairah dalam menginsafi cinta ALLAH itu sendiri. Kita akan rasa tak keruan andai kita meninggalkannya. Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, percayalah. Rasa kehadiran Allah dalam hati mengatasi kelazatan membuai nafsu serakah dan membelai syahwat yang melalaikan. Itulah sifat rijaluLLAH, pendokong gerakan islam. Mereka ahlul zikr. Kata sheikh Muhammad al Ghazali, "aku hairan dengan pendakwah yang tidak membaca al Quran(zikruLLAH)".

“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” (Qs. Hud: 112).

Menurut sheikh al imam Yusuf bin Abdullah al Qaradhawi, dalam kitabnya Fiqh al Awlawiyyat(1998), menukilkan, amalan yang berterusan itu lebih utama daripada amalan yang terputus - putus. Sememangnya islam itu berlegar di ruang aspek yang luas dan pelbagai. Wajib bagi kita untuk mengenakan prinsip - prinsip islam dalam setiap aspek tersebut. Adapun sebagai amal ibadat yang khusus, kita kadang - kadang tak mampu untuk mempraktikkan secara keseluruhannya. Maka manhaj wasathiyyah & istiqamah menjadi jalan penyelesaiannya. Amalan yang seimbang(dengan gaya hidup kita dan keluarga) dan berterusan(meskipun sedikit) membantu untuk mengekalkan jati diri kita sebagai fardu muslim yang rela ditarbiah.

That's why kalau kita tenung sejarah hidup ulama - ulama besar, kita akan dapati, terdapat amalan - amalan pilihan/dzikir - dzikir pilihan yang diorang praktikkan dalam hidup mereka. Begitulah sheikh al imam Hassan al Banna. Beliau tidak pernah tinggal dzikir. Al ma'thurat menjadi sebati dengan urat darah beliau. Mengikut manhaj tasawuf, mereka akan bermula dengan amalan yang sedikit dahulu tapi konsisten. Contoh, tahajjud dua rakaat. Ia akan dipraktikkan selama mana yang mungkin sehinggalah lahirnya rasa lazat dan keghairahan dalam ibadah. Then, barulah tambah ke tahap yang keseterusnya. Kalian boleh cuba.

Sheikh al Qaradhawi menggariskan beberapa langkah dalam kitabnya, tentang bagaimana untuk kita membenamkan sifat Wasathiyyah & Istiqamah dalam diri kita :
  1. Mendalami ilmu. Perlulah diingatkan disini bahawa dalam kita mendalami ilmu, perlu ada murabbi yang membimbing(irsyadul ustaz). Murabbi tersebut akan membimbing kita ke arah jalan yang lebih mudah serta bermanfaat disamping menjauhkan diri kita daripada futur.Kebanyakan ulamak besar mempunyai murabbi dalam hidup mereka. Contoh, imam Syafe'i. Beliau pergi menjumpai imam waqi' di saat beliau rasa lemah dan hilang motivasi.
  2. Kaji faedah amalan/ibadat. Tak kira sama ada faedah di dunia atau di akhirat, tapi mestilah berpandukan dalil nas yang sahih. Ramai daripada kita terlepas pandang dalam aspek ini. Kesemuanya mengejar darjat keikhlasan cinta Rabi'atul 'Adawiyyah sedangkan fizikal/mental mereka sedar akan hakikat kemustahilan perkara tersebut. kesemuanya EGO. 
  3. Mengkaji riwayat hidup tokoh - tokoh individu yang berjaya. Sama ada ulamak atau ahli akademik lain. Islam kaya dengan warisan kitab mengenai hikayat tokoh ulamak. Islam ada kitab berkenaan tokoh - tokoh sains berjilid - jilid banyaknya. Marilah kita sama - sama menghargai peninggalan turath tersebut.
  4. Bergaul dengan mereka yang ada fikrah dan bersemangat. Semangat mereka yang berkobar - kobar akan bertempias ke dalam diri kita. Ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi. Semangat sahabat - sahabat kita yang cenderung untuk mendekatkan diri kepada Allah swt sedikit sebanyak membantu dalam mentarbiah dan membentuk peribadi kita.
Islam itu hakikatnya, mudah namun bukan untuk diperlekehkan. Ia suatu sistem kehidupan yang membawa manusia kepada hakikat tujuan penciptaan mereka di atas muka bumi ini. Meleburkan diri di dalam acuan syari'atuLLAH. Bermula daripada aspek tauhid hinggalah ke aspek akhlak. Segalanya menjurus ke arah pembinaan tamadun manusia yang sejahtera lagi seimbang. Ingatlah, sedangkan Nabi saw berputih rambut menerima seruan istiqamah daripada Allah swt, apakan kita. Marilah sama - sama kita bersolidariti membina tamadun masyarakat yang sejahtera di atas tunjang Wasathiyyah & Istiqamah. Allah dan Rasul sebagai saksi.

waLLAHU'alam


Sunday, 21 October 2012

Manhaj Wasathiyyah & Tajdid al Qaradhawi



Bismillah, lailaha illa ALLAH, alhamduliLLAH,

Sheikh imam Yusuf bin Abdullah Al Qaradhawi sememangnya sinonim di mata dunia sebagai 'Global Mufti' atau 'tokoh Ulamak Wasathiyyah'. Ana sendiri secara peribadi mengkagumi beliau di dalam arena akademik khususnya bidang fiqh mu'assarah. Beliau merupakan pendokong gerakan tajdid di saat manusia kebingungan dek tersasar jauh(ego dengan manhaj dakwah dan tarbiah masing - masing) dari islam yang bersifat syumul dan wasathiyy.

Firman Allah :
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)

Ada terdapat beberapa sahabat - sahabat(sayang kalian kerana ALLAH) ana yang mendesak agar ana berkongsi pendapat mengenai konsep "Wasathiyyyah : Intipati dan Tuntutannya(bukan tajuk kitab di atas)" di dalam blog yang berserabut(tak reti nak edit) ini. Baiklah, harinya sudah tiba, namun ingin ana tegaskan bahawa penulisan ini berkemungkinan kecil untuk salah sedikit dan berkemungkinan besar untuk salah banyak. Dengan itu, ana sangat - sangat mangalu - alukan agar sahabat - sahabat yang alim dapat mengkritik atau mengutuk tulisan ini.

Sheikh Al Qaradhawi dalam penulisannya Fiqh Wasathiyyah Islamiyyah wal Tajdid menggariskan 30 prinsip atau gagasan sebagai garis panduan bagi umat islam untuk bernafas di bawah naungan manhaj wasathiyyah dan tajdid dan sememangnya ia bukanlah suatu yang mudah untuk difahami dan dipraktikkan(ana sendiri masih tidak faham secara menyeluruh). Manhaj tersebut berlegar di sekitar aspek yang kompleks namun berpijak serta signifikan. Penangannya sungguh komprehensif dan fleksibel. Namun di dalam penulisan ini, ana tidak berniat untuk syarah satu persatu daripada prinsip yang telah digazetkan oleh sheikh Al Qaradhawi(sebab ana pun tak habis belajar lagi). Tulisan ini sekadar ringkasan kepada pengenalan gagasan wasathiyyah & tajdid dan gambaran awal tentang kitaran aspek manhaj tersebut.

30 Prinsip Manhaj Wasathiyyah & Tajdid
  1. Kefahaman ilmu islam yang seimbang dan menyeluruh.
  2. Al quran dan As sunnah sebagai sumber rujukan tertinggi dan pengaplikasian syariat islam sebagai undang - undang dan hala tuju hidup manusia.
  3. Asas aqidah yang tulen lagi suci di atas iman kepada ALLAH dan hari akhirat.
  4. Mendekatkan diri kepada ALLAH semata - mata dengan ibadat yang telah disyariatkan oleh ALLAH.
  5. Jiwa yang suci dan mujahadah melawan nafsu.
  6. Penegasan terhadap kepentingan/kewajiban dakwah.
  7. Meneguhkan nilai - nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan.
  8. Menghormati wahyu dan aqal.
  9. Tajdid agama dari dalam.
  10. Melestarikan/meraikan fiqh yang baru.
  11. Menginsafi wanita.
  12. Pengukuhan institusi kekeluargaan.
  13. Mendidik masyarakat yang salih dan bertakaful.
  14. Percaya/yakin dengan keizzahan umat islam.
  15. Pembinaan negara yang adil.
  16. Menjauhi budaya tafsiq dan takfir.
  17. Pengukuhan ekonomi.
  18. Percaya dengan hakikat kepelbagaian yang berlaku di dalam masyarakat.
  19. Membina tamadun ilmu dan iman.
  20. Pengukuhan bidang kesenian dalam arena dakwah.
  21. Pemeliharaan dan pemuliharaan bumi.
  22. Berdamai dengan mereka yang cenderung kepada kedamaian dan perang terhadap mereka yang menindas dan melampaui batas.
  23. Mengambil berat soal umat islam di seluruh dunia.
  24. Tidak mengabaikan hak agama lain dalam masyarakat.
  25. Fatwa : menggunakan manhaj 'yang memudahkan' dan keacapan membawa 'berita gembira'  dalam arena dakwah.
  26. Meraikan sunnatuLLAH di setiap peringkat/martabat.
  27. Mengimbangi konsep Thabat wal Mutaghayyirat dalam islam.
  28. Meletakkan tuntutan - tuntukan syari'e(taklifat) mengikut peringkat serta martabat individu/entiti.
  29. Reformasi secara menyeluruh dan bermula daripada akar umbi.
  30. Menghargai warisan turath.
Ana pernah ditanya oleh seorang ilmuan, siapakah yang akan menjadi pendokong kepada manhaj wasathiyyah & tajdid ini? ana terdiam berfikir sejenak(takut nak jawab sebab tiada ilmu). Actually, kita semua adalah pendokong kepada manhaj tersebut. Mungkin ada yang mengatakan, "saya tak cukup ilmu, bagaimana?". Hakikatnya, kita tak perlu untuk mendokong seluruh intipati manhaj tersebut. Bergantung kepada tahap kefahaman minda kita terhadap manhaj tersebut. Percayalah, tiada paksaan(dalam islam) terhadap perkara yang berlegar diluar bidang qudrat kita.

Ibarat orang mengambil buah di pokok. Mereka yang pendek hanya mampu mengambil buah - buahan di bawah(sedikit/kurang masak), manakala mereka yang tinggi akan dapat buah - buahan di bahagian atas(banyak/ranum). Namun mereka(tak kira tinggi atau pendek) yang berusaha mencari golok/tangga lebih beruntung(dapat ambik semua buah). Begitu jugalah kita dalam arena akademik dan ilmu. Usaha dan kesungguhan penentu imej diri kita. Tuntasnya, manhaj Wasathiyyah & Tajdid ini bukanlah milik mana - mana gerakan islam yang ekslusif di dunia ini, bahkan ia sebaliknya. Ia milik umat islam seDUNIA. Ia milik kita semua yang mengucap kalimah tauhid dan berselawat setiap hari. Oleh itu, ana menyeru/mencadangkan kepada seluruh sahabat - sahabat ana agar sama - sama kita berjuang di atas satu saff yang sama(atas dasar aqidah) dalam mendaulatkan islam di atas muka bumi ini. Allah dan Rasul sebagai saksi. Yakinilah, janji Allah itu pasti akan datang.

InsyaAllah ana akan tulis syarahan setiap item - item di atas(andai Allah bagi kekuatan), namun bukan dalam masa terdekat ini. Masih dalam proses belajar dengan ustaz - ustaz yang faqih dan alim tentang manhaj ini.

waLLAHUa'lam


Friday, 19 October 2012

Ikhtilaf, Khilaf dan Wasathiyyah





Pena ini sudah lama membisu.
Actually, ana xde pun kitab yang antum semua tengok kat atas tu. Ana just dengar dalam usrah(di bangi), naqib ana bahas pasal isi kitab ini. Kitab ni ditulis oleh sheikh Muhammad A'wwamah, membincangkan mengenai adab - adab kita(umat islam) untuk berbeza pendapat dan ideologi.

Ramai orang mengambil mudah dalam pemahaman etimologi dan pemahaman teknikal terhadap sesuatu istilah. Di sini suka ana untuk kongsikan sikit sebanyak mengenai maksud istilah IKHTILAF dan KHILAF mengikut perbahasan pola pemikiran sheikh Muhammad A'wwamah :

Ikhtilaf : merupakan pertembungan ideologi atau cara pemikiran terhadap sesuatu perkara(responsive terhadap keadaan sekeliling : waqi'yyah) furu'/cabang dalam islam dan perkara tersebut tidak digazetkan di dalam nas syari'e secara sarih dan qath'i.

Khilaf : merupakan pertembungan cara pemikiran serta pemerhatian atau ideology terhadap sesuatu perkara usul/fundamental di dalam islam.

Islam mengalu - alukan kita untuk berikhtilaf(that's why ada banyak mazhab fiqh kat dunia ni). Ia adalah harus selagi mana pertembungan tersebut tidak menjurus ke arah perkara yang bertentangan dengan nas yang sahih dan sarih. contoh ikhtilaf ialah :

Dari Hujjaj b. Urtah b. ‘Amru b. Syu’aib dari bapanya dari datuknya, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“barangsiapa yang menghidupkan tanah mawat (maka tanah itu) adalah kepunyaannya”.

Bagi imam Hanafi setiap daripada individu yang ingin membuka tanah untuk dijadikan tanah miliknya perlulah untuk dia meminta izin daripada pemerintah kawasan tersebut terlebih dahulu(geran tanah). Ini kerana, ijtihad tersebut dilakukan bagi mengelak daripada berlakunya perebutan kawasan oleh beberapa individu(contoh : luas/sempadan kawasan pemilikan tanah) terhadap satu skala kawasan yang sama.

Bagi imam syafei' pula, tidak perlu bagi kita untuk meminta geran tanah daripada pemerintah terlebih dahulu untuk memiliki sesuatu kawasan itu. Cukup bagi kita untuk sekadar menjadi orang yang pertama membuka tanah tersebut seperti mana yang telah diperkatakan oleh Baginda saw dalam hadis di atas.

*untuk makluman : imam Hanafi tinggal di Baghdad dan imam Syafe' ketika itu di Mesir. Ada ke orang nak berebut bukak kawasan di tengah padang pasir(sebab itu imam syafei' tak risau soal perebutan tanah)?

KHILAF tidak dibenarkan di dalam islam. Ia boleh membawa kepada perpecahan umat islam dan membawa mafsadah yang besar kepada islam(contoh : dalam konteks aqidah). Pertembungan pendapat serta ideology dalam mengamati/mentafsir perkara - perkara fundamental di dalam islam membawa kepada penyelewengan terhadap intipati serta kesucian islam itu sendiri.

Jesteru, kita perlulah menjadi umat yang moderate dalam membawa prinsip - prinsip islam ke dalam lautan masyarakat. Konsep washatiyyah perlulah difahami, dipraktikkan serta diajar di dalam setiap aspek perjuangan gerakan - gerakan memperkasakan islam.

Firman Allah (maksudnya):

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)

Washatiyyah dalam berbeza pendapat dan mengkritik membawa kepada kemajuan peradaban islam itu sendiri. Rahmat akan menaungi setiap usaha - usaha mereka yang tak senang duduk melihat islam dipandang sebagai sekadar teology ritual kuno atau agama yang ekslusif dan ketinggalan zaman. Pemurniaan persepsi terhadap kesucian islam itu perlu ditegakkan. Sesungguhnya islam itu satu cara hidup yang Adil lagi Ihsan. Tajdid(kembali kepada konsep islam yang sahih) perlu dilakukan, dan segala - galanya bermula dengan diri kita. Tegakkan islam di dalam hati kita, nescaya islam akan tertegak di sekeliling kita.

waLLAHUa'lam