Friday, 19 October 2012

Ikhtilaf, Khilaf dan Wasathiyyah





Pena ini sudah lama membisu.
Actually, ana xde pun kitab yang antum semua tengok kat atas tu. Ana just dengar dalam usrah(di bangi), naqib ana bahas pasal isi kitab ini. Kitab ni ditulis oleh sheikh Muhammad A'wwamah, membincangkan mengenai adab - adab kita(umat islam) untuk berbeza pendapat dan ideologi.

Ramai orang mengambil mudah dalam pemahaman etimologi dan pemahaman teknikal terhadap sesuatu istilah. Di sini suka ana untuk kongsikan sikit sebanyak mengenai maksud istilah IKHTILAF dan KHILAF mengikut perbahasan pola pemikiran sheikh Muhammad A'wwamah :

Ikhtilaf : merupakan pertembungan ideologi atau cara pemikiran terhadap sesuatu perkara(responsive terhadap keadaan sekeliling : waqi'yyah) furu'/cabang dalam islam dan perkara tersebut tidak digazetkan di dalam nas syari'e secara sarih dan qath'i.

Khilaf : merupakan pertembungan cara pemikiran serta pemerhatian atau ideology terhadap sesuatu perkara usul/fundamental di dalam islam.

Islam mengalu - alukan kita untuk berikhtilaf(that's why ada banyak mazhab fiqh kat dunia ni). Ia adalah harus selagi mana pertembungan tersebut tidak menjurus ke arah perkara yang bertentangan dengan nas yang sahih dan sarih. contoh ikhtilaf ialah :

Dari Hujjaj b. Urtah b. ‘Amru b. Syu’aib dari bapanya dari datuknya, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“barangsiapa yang menghidupkan tanah mawat (maka tanah itu) adalah kepunyaannya”.

Bagi imam Hanafi setiap daripada individu yang ingin membuka tanah untuk dijadikan tanah miliknya perlulah untuk dia meminta izin daripada pemerintah kawasan tersebut terlebih dahulu(geran tanah). Ini kerana, ijtihad tersebut dilakukan bagi mengelak daripada berlakunya perebutan kawasan oleh beberapa individu(contoh : luas/sempadan kawasan pemilikan tanah) terhadap satu skala kawasan yang sama.

Bagi imam syafei' pula, tidak perlu bagi kita untuk meminta geran tanah daripada pemerintah terlebih dahulu untuk memiliki sesuatu kawasan itu. Cukup bagi kita untuk sekadar menjadi orang yang pertama membuka tanah tersebut seperti mana yang telah diperkatakan oleh Baginda saw dalam hadis di atas.

*untuk makluman : imam Hanafi tinggal di Baghdad dan imam Syafe' ketika itu di Mesir. Ada ke orang nak berebut bukak kawasan di tengah padang pasir(sebab itu imam syafei' tak risau soal perebutan tanah)?

KHILAF tidak dibenarkan di dalam islam. Ia boleh membawa kepada perpecahan umat islam dan membawa mafsadah yang besar kepada islam(contoh : dalam konteks aqidah). Pertembungan pendapat serta ideology dalam mengamati/mentafsir perkara - perkara fundamental di dalam islam membawa kepada penyelewengan terhadap intipati serta kesucian islam itu sendiri.

Jesteru, kita perlulah menjadi umat yang moderate dalam membawa prinsip - prinsip islam ke dalam lautan masyarakat. Konsep washatiyyah perlulah difahami, dipraktikkan serta diajar di dalam setiap aspek perjuangan gerakan - gerakan memperkasakan islam.

Firman Allah (maksudnya):

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)

Washatiyyah dalam berbeza pendapat dan mengkritik membawa kepada kemajuan peradaban islam itu sendiri. Rahmat akan menaungi setiap usaha - usaha mereka yang tak senang duduk melihat islam dipandang sebagai sekadar teology ritual kuno atau agama yang ekslusif dan ketinggalan zaman. Pemurniaan persepsi terhadap kesucian islam itu perlu ditegakkan. Sesungguhnya islam itu satu cara hidup yang Adil lagi Ihsan. Tajdid(kembali kepada konsep islam yang sahih) perlu dilakukan, dan segala - galanya bermula dengan diri kita. Tegakkan islam di dalam hati kita, nescaya islam akan tertegak di sekeliling kita.

waLLAHUa'lam




No comments:

Post a Comment