Saturday, 26 November 2011

Memoir sedetik sebelum malam 27 saffar



Maka telah turunlah wahyu pembayang dari Allah swt kepada Baginda saw mengenai kebenaran berhijrah. Lantaran itu, Rasulullah telah memberi izin kepada beberapa sahabat untuk pergi berhijrah dahulu, antaranya ialah Umar al Khattab ra dan Ayyash bin Abi Rabiah ra.

Mengenai cerita lagenda mereka berdua ra, setibanya mereka berdua di Quba', Ayyash bin Abi Rabiah terpaksa pulang dek kerana Abu jahal yang juga tiba disitu mengatakan, ibu mereka berdua tidak akan menyikat rambutnya dan tidak akan berteduh di bawah sinaran mentari yang terik sekiranya tidak dapat lihat Ayyash bin Abi Rabiah ra terpacak di hadapan kedua biji matanya. Maka, dengan berat hatinya Ayyash bi Abi Rabiah ra pulang bertunggangkan unta Umar al Khattab, supaya mudah lari daripada Abu Jahal sekiranya di pertengahan jalan terdedahnya penipuan Abu Jahal mengenai nazar ibunya.

Sementara menunggu wahyu yang jelas mengenai kebenaran untuk berhijrah beberapa langkah awal telah diambil oleh umat islam sebagai persiapan awal sebelum berhijrah dan ada yang dah berhijrah dah pun seperti cerita di atas. Senario ini sangat jelas di mata pemimpin Quraisy dah mengakibatkan keadaan mereka ibarat cacing kepanasan. Abu Jahal tidak boleh duduk diam.

Justeru, pada 26 saffar, pemimpin - pemimpin Quraisy telah bersidang di parlimen mereka( Darul Nadwa ) bagi mencari solusi terhadap projeksi migrasi umat islam ke medan yang diluar bidang kuasa veto mereka. Di sidang parlimen itu, iblis yang bertopengkan seorang lelaki yg zuhud telah meminta izin untuk turut serta dalam perbahasan strategi menjatuhkan insan mulia Muhammad saw. Dia disambut baik. Beberapa rencana cadangan telah dicanangkan. Antaranya,
  1. Baginda saw dikurung di rumah yang mempunyai pintu besi.
  2. Baginda saw diboikot dan tidak dihiraukan.
  3. Baginda saw dibunuh, dengan mengumpul orang - orang gagah dari setiap kabilah dan membunuh Baginda saw dengan serentak, lantas darah Baginda saw dibahagikan mengikut puak, maka dengan itu, kaum Nabi Muhammad saw tidak akan tahu untuk membalas dendam terhadap pembunuhan tersebut melalui perang ke atas kaum yang mana satu. Cadangan ini oleh Abu Jahal.
Cadangan yang pertama dan yang kedua tidak diterima ramai kerana mareka tahu kemanisan mulut Baginda saw dalam bersyair dan berkata - kata dapat meningkatkan lagi bilangan umat islam di Mekkah, disamping menambahkan kekuatan umat islam yang akan memberontak menyelamatkan Nabi saw di Mekkah. Maka cadangan ketiga diterima ramai oleh sidang parlimen.

Namun begitu, Alllah swt telah mencela sidang parlimen mereka dan mewahyukan kepada Baginda saw,
" Dan ingatlah, ketika orang - orang kafir(Quraisy) memikirkan daya upaya terhadap kamu untuk menangkap dan memenjarakan kamu atau membunuh kamu atau mengusir kamu, mereka memikirkan tipu daya dan Allah mengagalkan tipu daya tersebut, dan Allah sebaik - baik pembalasan tipu daya."
[ Al Anfal : 30 ]

Jibril as telah datang menemui Baginda saw dan memberi tahu mengenai muslihat orang musyrik Mekkah dan strateginya. Sehubungan dengan itu juga, Rasulullah saw dibenarkan untuk berhijrah dan Baginda saw tidak dibenarkan untuk tidur di tempat tidur Baginda saw. Lalu, bernaungkan panas terik Baginda saw bergerak ke rumah Abu Bakar ra. Orang tak buat kerja tengah - tengah hari terik begini. Lantaran itu, ketahuilah akan Abu Bakar bahawa perkara penting sedang berlintas lansung di pentas arena pencakan umat islam ketika itu. Ceh, macam cerita sastera tradisional la plak....subhanaLLah.

Lalu berlakulah peristiwa migrasi yang amat penting bagi umat islam oleh Baginda saw dan Abu Bakar ra melalui tingkap rumah Abu bakar As Siddiq pada 27 saffar sebelum fajar menyinsing menuju ke arah Yaman.
waLLAHUa'lam, segala kesilapan fakta harap dapat tegur dan perbetulkan yea.
Masih belajar ~

~ sayang tanah islam ~

sumber :
[ Ar raheeq Makhtum karangan Mubarakfuri dan Muhsinul Insaniyyat karangan Naim Siddiqi ]

Friday, 25 November 2011

Mengapa Umar al khattab memilih 1 muharram ?

Gegak gempita bumi berdaulat tanah melayu yang kini melangkah ke arah tanah islam insyaALLAH di bawah penglolaan gerakan islah pimpinan ulama di era medan perjuangan jihad millenium13 kali ini dek cerita samar mengenai tarikh sebenar penghijrahan Rasulullah saw serta sahabat - sahabat ra 1432 tahun yang lalu dari Mekah menuju ke Madinah.

Sememangnya pada zaman Rasulullah saw tidak digunakan sistem kelendar dalam pengurusan pentadbiran negara Baginda saw di kota munawwarah dalam era pembinaan asas tauhid dalam hati para sahabat ra pada 1432 tahun yang lalu seperti mana yang digunakan oleh sebahagian golongan - golongan orang bukan islam. Pencetusan idea mengenai pengurusan sistem pentadbiran negara islam berlandaskan kelendar tahunan bermula di era pemerintahan adil oleh Al Amirulmukminin Umar Al Khattab khalifah islam kedua. Ia berlaku adalah disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran yang timbul sewaktu zaman pemerintahan Al Amirulmukminin Umar Al Khattab ra, antaranya ialah ;
  1. Saidina Umar pernah menerima satu surat mengenai pengumpulan harta dan ia bertulis pada bulan sya'ban, lalu beliau bertanya," sya'ban bilakah ini? yang lepas? sekarang? atau yang akan datang?" keliru.
  2. Ya'la bin Umayyah yang tinggal di Yaman pernah menghantar surat kepada Saidina Umar dan surat itu berserta tarikh. Saidina Umar tertarik.
  3. Abu Musa Al asya'ri pernah menghantar satu surat kepada Saidina Umar dan komen bahawa Saidina Umar banyak menghantar surat kepada beliau tanpa tarikh dan perkara itu menyebabkan beliau keliru.
Disebabkan senario - senario ini berlegar di atmosfera ruang lingkup seni pemerintahan dan pengurusan pentadbiran negara islam Saidina Umar Al Khattab, beliau telah menggazetkan agar sahabat - sahabat bersidang dan syura mengenai penggarapan satu sistem baru dalam selok belok pentadbiran negara islam ketika itu. Melalui perbahasan para sahabat dalam syura tersebut maka timbullah beberapa idea, antaranya ;
  1. Berlandaskan tarikh kelahiran baginda Rasulullah saw.
  2. Berlandaskan tarikh baginda Rasulullah saw diangkat menjadi rasul.
  3. Berlandaskan tarikh kewafatan baginda Rasulullah saw.
  4. Berlandaskan tarikh penghijrahan baginda Rasulullah saw dan para sahabat ra.
Namun demikian mereka tidak dapat memutuskan kelendar tahunan islam berdasarkan point yang pertama dan yang kedua(rujuk point - point di atas)  kerana mereka tidak mempunyai catatan yang jelas dan terperinci mengenai tarikh sebenar kedua - dua peristiwa besar tersebut. Dan kalau point yang ketiga mereka segan dan sedih untuk menyebut berulang - ulang kali tentang peristiwa sedih tersebut. Lantaran itu, mereka telah memilih point yang keempat.
" Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebathilan, maka jadikanlah ia asas kepada permulaan tahun."
[ Umar Al Khattab ]

Menurut imam As Suhaili, mereka ketika itu memilih kelendar islam berlandaskan peristiwa hijrah adalah berdasarkan ayat fiman Allah swt " Sesungguhnya masjid yang diasaskan di atas ketaqwaan(masjid quba') sejak dari HARI PERTAMA adalah lebih patut kamu bersolat didalamnya."
[ surah at Taubah : 108 ]
Menurut beliau lagi, HARI PERTAMA dalam ayat ini tidak disandarkan pada sesuatu yang tidak dinyatakan dalam ayat itu. Ia disandarkan  kepada hari kemenangan islam, hari Rasulullah boleh beribadat dengan aman, dan hari pertama pembinaan masjid, lalu mereka bersependapat bahawa ia adalah tarikh hijrah, iaitu hari Rasulullah masuk ke kota Madinah.

Dari rumah ke gua,
Rasulullah saw meninggalkan rumah baginda pada malam 27 safar tahun ke-14 baginda menjadi Rasul menuju ke rumah Abu Bakar. Dan mereka keluar ikut pintu belakang rumah Abu Bakar sebelum fajar menyinsing. Perhatian !!! hijrah bukannya berlaku pada 1 muharram.

sambung cerita Saidina Umar tadi,
setelah bersetuju memilih peristiwa hijrah sebagai garis permulaan tahun baru lalu mereka pening mengenai bulan yang patut dijadikan bulan pertama, ada yang nencadangkan bulan rejab dan ada pula bulan ramadhan. Namun Saidina Usman mencadangkan bulan muharram. Saidina Umar juga begitu. Ini adalah kerana perjanjian  Aqabah berlaku pada bulan zulhijjah dan perjanjian inilah yang memjadi batu loncatan kepada penekadan suatu penghijrahan besar yang ingin dicapai oleh baginda Rasulullah saw dan para sahabat ra. Ini bererti, meskipun peristiwa hijrah berlaku pada bulan safar 27 haribulan namun tekad yang ditanam oleh Rasulullah bermula sejak awal bulan muharram lagi.

Disebabkan itulah Saidina Umar Al Khattab memilih 1 muharram sebagai permulaan tahun baru bagi kelendar islam dan bukannya 27 saffar. Perkara menunjukkan bahawa pentingnya niat dan tekad dalam sesuatu perbuatan lebih - lebih lagi berkaitan penghijrahan besar peribadi kita dari perkara yang teruk kepada yang lebih baik.

~ sayang tanah islam ~

Thursday, 24 November 2011

Hudud

:: HUDUD ::

".......Demikian itulah batas - batas ketentuan ALLAH swt, maka janganlah kamu mendekatinya."
[ Al Baqarah : 187 ]

Hudud ialah kata jamak bagi kata nama "haddun".
haddun literally : batas atau tegahan
hudud secara syara'nya : hukuman siksa dunia yang telah ditetapkan untuk menjaga hak ALLAH swt. Oleh kerana itu ta'zir tidak termasuk kerana ia tidak ada ketetapannya secara spesifik dan qishash pun tidak termasuk kerana ia adalah untuk memelihara hak anak adam.
[ kitab Nailul Authar ]

Ia dinamakan hudud atas uqubah - uqubah maksiat kerana ia biasanya dapat mencegah pembuat maksiat untuk tidak mengulangi perbuatan kenodaan dimana kerananya dikenakan hukuman had. Pada asalnya perkataan hudud digunakan untuk pemisahan di antara dua perkara yang berbeza. Contohnya, perbatasan tanah dinamakan hudud dan perbatasan rumah dikatakan hudud.

Ciri - ciri khusus hudud
1) Kesalahan - kesalahan hudud telah ditetapkan syara'
2) Pesalah - pesalah boleh dimaafkan sebelum di bawa ke muka penghakiman, tetapi selepas dibacara lantaran diputuskan pensabitan oleh mahkamah tiada maaf atau pengurangan hukuman baginya.
3) Taubat tidak menggugurkan hukuman kecuali perompak( yang bertaubat sebelum ditangkap ) dan orang murtad.

Kesalahan - kesalahan hudud
1) riddah
2) zina
3) qazaf zina
4) pemabuk
5) pencurian
6) perompakan
7) pemberontakan
8) liwath (ulama' tak sependapat)
9) seks dengan haiwan (ulama' tak sependapat)
10) sihir (ulama' tak sependapat)

Hukuman - hukuman yang dikenakan bagi pesalah hukum hudud

1) Pemenggalan leher
  • murtad
  • perompak yang membunuh tapi tak merompak barang - barang
  • membuat seks dengan haiwan
  • liwat
2) Rejam sampai mati
  • penzina muhshan
3) Perang
  • pemberontak - pemberontak yang memberontak ke atas pemerintah islam yang adil
4) Salib sampai mati
  • perompak yang membunuh dan merompak harta benda
5) Potong tangan dan kaki
  • perompak yang hanya merompak harta benda tapi tidak membunuh
6) Potong tangan
  • pencuri
7) Sebat dengan rotan
  • penzina yang bukan muhshan - 100 sebatan
  • qazaf - 80 sebatan
  • peminum arak - 40 atau 80 sebatan
8) Buang daerah
  • perompak yang hanya menganggu lalu lintas sahaja
  • penzina yang bukan muhshan sebagai hukuman tambahan
9) Pencabutan hak - hak tertentu
  • murtad -  pencabutan hak perwalian, hak persaksian, hak jawatan, dan hak warisan.
  • semua yang melakukan kesalahan hukum hudud  - pencabuatan hak persaksian kerana fasiq
  • penzina bukan muhshan dan perompak yang mangganggu lalu lintas sahaja - pencabutan hak tempat tinggal
" Masalah rasuah, penyelewengan, khianat hanya boleh selesai kalau manusia kembali kepada ALLAH swt. Kalau setakat polis, tidak boleh jaga manusia kerana polis pun manusia. Kalau kita suruh lembu jaga lembu, tidak boleh. Nak jaga lembu kena tuan lembu yang jaga. Begitu juga manusia, kena dijaga oleh kuasa yang lebih tinggi iaitu ALLAH swt."
[TGNAA] 


~ sayang tanah islam ~

sumber : Mengenal hukum qanun jenayah islam, oleh Dr Abdul Ghani Azmi b Idris

Tuesday, 22 November 2011

kotoran vs kebersihan


".......Di dalam masjid itu ada orang - orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya, dan ALLAH mengasihi orang -orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) "
[ surah At Taubah : 108 ]

" Kunci solat ialah bersuci "
[ hadis riwayat Abu Daud dan At Tarmizi ]

BERSUCI mempunyai beberapa peringkat,
1) Membersihkan anggota - anggota dzahir dari hadas, najis - najis atau kotoran serta benda - benda lebihan yang tidak diperlukan.
2) Membersihkan anggota - anggota badan dari perbuatan dosa.
3) Membersihkan hati dari akhlak - akhlak yang tercela dan sifat - sifat yang terkutuk.
4) Membersihkan batin dari sesuatu, selain daripada ALLAH swt dan ini adalah cara para Nabi mensucikan diri, dan juga para Siddiqin.

Erm...berikut adalah peraturan - peraturan membuang air atau qada' hajat,
1) Menjauhkan diri dari pandangan umum, jika tidak pastikan ada tabir dan janganlah
tergesa - gesa membuka auratnya sebelum tiba ke destinasinya.
2) Pastikan tidak menghadap kiblat atau membelakanginya.
3) Jika buang air kecil, jgn buang di tempat berair tapi tidak mengalir airnya, di bawah pokok yang berbuah dan lubang - lubang haiwan.Juga jangan di tempat yang keras atau berangin agar tidak terpercik.
4)  Jika buang air kecil hendaklah duduk dalam keadaan bertinggung pada kaki kiri.

Begitulah aturcaranya yang telah disusun oleh ALLAH swt yang maha Agung lagi maha Pencipta sekalian makhluk ke atas program khalifah dimana sasaran programnya adalah manusia dan jin. Kkd program tersebut pernah dipertikaikan oleh para malaikat namun ALLAH swt berfirman, "........Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui "
[ Al Baqarah : 30 ]

Segala - gala aturannya telah digariskan serta dicanangkan melalui buku manual panduan penggunaan nikmat - nikmat tuhan yang maha Kaya melalui kitab suci Al Quran al kareem oleh Pencipta kita ALLAH swt. Iaitu ad dden, islam sebagai gaya hidup. Our lifestyle hollistically. Dari sebesar - besar perkara hingga ke sekecil - kecilnya.

" Jika memandu kereta memerlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup juga tentulah memerlukan lesen. Lesen itu ialah islam. Hidup di dunia dengan menolak islam ialah umpama hidup tanpa lesen "
[ Tuan Guru Nik Abdul Aziz ]

~ sayang tanah islam ~

sumber : Ihya' ulumuddin dan 110 mutiara kata TGNAA 2010

Saturday, 19 November 2011

kecuriaaannn...!!!


:: Pencurian ::

Guys...,
ape yang dimaksudkan dengan pencurian ialah mengambil barang kepunyaan orang lain dengan sengaja dan senyap - senyap dari tempat simpanannya yang wajar.
Rujuk surah Al Maidah : 28.

Pencurian itu ada dua jenis duhai sahabat - sahabat ana yang dirahmati Allah sekalian,

1) yang wajib kena hukuman kerat tangan.
2) hanya dikenakan hukuman ta'zir

Di sini ana nak nyatakan syarat - syarat pencurian sebenar,

1) pencuri itu mengambil barang kepunyaan orang lain
2) pencuri itu mengambil secara senyap - senyap (kalau secara terang - terangan tidak dikenakan hukum had)
3) barang yang dicuri itu mestilah dari tempat simpanan yang wajar
4) pencuri itu mengambil dengan dengan sengaja (tersalah ambik or dipaksa or terpaksa dek kelaparan tak dikenakan hukum had)
" Umatku tidak akan dipertanggungjawabkan kerana tersalah, terlupa dan orang - orang yang dipaksakan "
(Hadis riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Ath Thabrani, dan Al Haakim)

Rukun - rukun pencurian,

1) pencuri
- mukallaf
- dengan rela
- tak ada kaitan dengan harta, contohnya ibu and ayah tak dikenakan hukum had andaikata mengambil barang anak - anaknya.

2) barang yang dicuri
- barang yang dicuri mestilah barang yang halal dimiliki, iaitu selain arak, dadah dan babi.
- disimpan di tempat yang selayaknya

3) barang yang dicuri cukup nisabnya.
- bernilai 1/4 dinar emas atau 3 dirham perak(9.36gram) atau senilai 1/4 dinar.
" Dipotong tangan(pencuri) yang mencuri 1/4 dinar ke atas "
(Hadis riwayat Al Bukhari)

Cara sabit kesalahan mencuri,

1) pengakuan oleh pencuri sendiri
" Pencuri tidak dipotong tangannya sehinggalah ia mempersaksikan atas dirinya dua kali "
(Hadis riwayat Ahmad)

2) dengan persaksian oleh dua orang saksi lelaki yang adil

Uqubah atas kejahatan pencurian,

1) hukuman potong tangan, rujuk Al Maidah : 38
- curi kali pertama : potong tangan kanan di pergelangannya
- curi kali kedua : potong kaki kiri di pergelangan buku lalinya
- curi kali ketiga : potong tangan kiri di pergelangannya
- curi kali keempat : potong kaki kanan di pergelangan buku lalinya
- curi kali keempat : dikenakan ta'zir

2) barang - barang yang dicuri hendaklah dipulangkan

3) menggantungkan tangan yang dipotong di leher pencuri.(yang ni masih dalam kajian ana, kesasihannya harap sahabat - sahabat dapat tolong ana )

* sampai disini dulu untuk penulisan ana hari ini yea....penat doh.
~ sayang tanah islam ~

Friday, 18 November 2011

Tiada yang benar melainkan tiada yang dusta


:: Muharabah ::
Muharabah or hirabah ialah gerombolan bersenjata dalam sesebuah negara islam yg menimbulkan :
1) penumpahan darah
2) perompakan harta benda
3) pemerkosaan kehormatan wanita
4) penculikan
5) kerosakan harta benda/tanaman/ternakan dan sebagainya.

Muharabah ialah dari perkataan haraba.
haraba : memerangi, kerana golongan ini menentang nizam negara islam, menggugat dan menceroboh hukum - hukum ALLAH swt yang diaplikasikan oleh masyarakat dan negara. Ala - ala memerangi ALLAH swt dan kekasihNYA saw. Nama lain bagi muharibin ialah qutthau'tthoriq.

 Perompak ini mungkin terdiri daripada :
1) orang islam
2) orang kafir zimmi
3) orang kafir harbi

Syarat - syarat Muharabah
1) Yang melakukannya adalah mukallaf sama ada laki - laki atau perempuan sama ada islam atau tidak.
2) Mempunyai kekuatan senjata yang dipergunakan untuk kerja - kerja jahat mereka, walaupun tongkat atau batu.
3) Melakukan kejahatan merompak secara terang - terangan. Merompak secara senyap - senyap tidak dinamakan muharibin tetapi dinamakan pencuri.
4) Lain - lain syarat yang diperselisihkan ulama'

Uqubah untuh hirabah, Al Mai'dah :33,34 .
1) Hukuman mati
2) Hukuman salib
3) Potong tangan dan kaki bersilang
4) Buang negeri

(sumber : Mengenal qanun jenayah islam, oleh Drs. Abd ghani Azmi bin idris )

Friday, 9 September 2011

54 years...


t'batuk2 tok janggut, mat indera, rosli dhobi, dato' bahaman n parameswara  hehe....
suatu ketika dahulu an...
ad bbrape insan yg b'juang 'strive till de end of breath' demi m'perjuangkan rona2 syariah yg telah dinukilkan d'dlm quran n hadis, mcm2 halangn/ancmn yg diowang tempuhi nmun satu pn x dpt nk melemahkn smgt diowang demi m'lihat Malaysia hari ini aman damai dgn warna2 siratan cara hidup Rasulullah....
islam x ssh bahkan  mendamaikan.....

islam sebagai ad deen(cara hidup),
islam ialah agama persekutuan, ttp agama2 laen bleh diamalkn dgn aman di mana2 bhgian persekutuan.
islam is de religion of de federation bkn islam shall be de religion of de federation. pihak reid commisssiion sjk drr awal x mahu m'msk'an pruntkn ini.ttp menerimenya oleh krn deskn Perikatan n jaminan pmimpin UMNO bhw mereka x b'tujuan m'bntuk 'muslim theocracy'.
( joseph m.fernando -2007- ,the making of de malayan constitution, ms217)
x ada perkataan rasmi, reid commission pd mulanya mmg x mhu m'msukkan apa2 prntkn m'ngenai agama rasmi krn Perikatan tlh m'isytiharkan  malaya sebagai negara sekular.
(joseph m. fernando -2007- , ms 129)

tanah melayu hari ini,
demokrasi : p'merintahan rakyat, oleh rakyat, utk rakyat.
di amerika, demokrasi m'ngatasi tuntutan agama. semua kempen m'gunakan wang. 'more money, more powerful you are'.nmun satu phenomena telah berlaku, ahli politik berhutang dgn glgn rakyat yg kaya.
kini ahli politik m'jadi  patung mainan glgn kaya2.
anthony perkin : 'the US is a mythocracy where de puppets in apparent leadership roles dance to de whims of de real rulers of de country, the corporatocracy.'
aper cer lim goh tong(m'ninggal umur 89) yg berjaya m'bgnkn genting highlands? aper cer kayu balak yg semakin m'hilang di batu balak, tembeling, jerantut,pahang? ape cer korporat sejati Malaysia hari ini?
di Malaysia : pilihanraya diiringi dgn pelbagai akta, termsk ISA, perhimpunan awam, percetakan n sbginya. adakah ini dipanggil demokrasi? ya, demokrasi berparlimem, raja berpelambagaan.x ade pemisahan diantara parti yg m'merintah dgn kuasa kerajaan spnjg tempoh pilihanraya.pendominasian yg 'adil'

kekecewaan melayu terhadap politik
1. k'jujurn pmimpin d'porsoal
2.kyakinn t'hdp politik m'jadi pudar
3.politik m'jadi ksmptn utk mraih kmewahan
4.politik utk politik
5.politik bkn m'rungkai ttp m'kusutkn mslh melayu.
6.politik kompromi yg d'anggap m'rugikn melayu.
hehe...bersmbug,

Tuesday, 6 September 2011

lensa mata Dia n Dia 2.0


sejarah....
bagaimane kta m'nilai ssuatu insiden yg berlaku pd waktu yg telah berlalu....?
bagaimane kita m'nilai group yg standby kt jabaluhudd....huh?
klu kita tergolong dlm kalangan mereka yg ditaklifkan utk berada di citu.....ape yg kita akn wat?
just imagine it.....=)

Betulke?
Dalam sejarah MALAYSIA, sewaktu jepun m'jajah tanah melayu....
ad tiga cara pejuang tanah air m'nntang pnjajah...
1. Pentas politik, ini yg d'ambil oleh Dr Burhan n yg seangkatan dengannya sehingga tertubuhnya parti kebangsaan melayu malaya(PKMM).
2. Peperangan serangan gerila, ini yg d'ambil oleh Rsyid Maydin, Abdullah CD, Mat Indera n laen2 sehingga tertubuhnya rejimen10.
3.Penulisan dgn m'jadi wartawan, dan ini yg diambil oleh Said Zahari n rakan2nya. 

Nan bile jepun berundur diri..,
British kembali sebagai 'pembimbing' yg sgt2 rasa "b'tanggungjawab" ke ats tanah melayu.....
lantas  British menggalakkan penubuhan parti2 yg b'setuju dgn manhaj mereka. Malayan union dicanangkan kpd rakyat n tidak laen n tidak bukan utk m'ngetepikan PKMM dan lain2.
apbila group2 yg sejati ini menentang British secara lantang, Dr Burhan n seangkatan dengannye d'penjara. begitu juga rejimen10 yg m'nentang mereka secara gerila dlm hutan juga d'anggap pengganas. igt baik2 siape tokoh rejimen10 n pristiwa pertempuran di bukit kepong.....

bersambung....hehe.

lensa mata dia n dia ,



'weih bola tu masyhuq ahh' ...,
'ehem2 aq nmpk kegelapn yg m'nyimpang dr biah solehah lah'.....,
monologan dua org yg b'beza skolah tp dua2 nk maen boler...
hadaf yg sama nmun pnyaduran neon nurani yg berbeza.

it's about perception n perspecitve.
In history , pak cik eskay (ank kacukn siam n india , ank ke3 dr 4 adk brdk) , hehe sje taaruh....
telah m'impaqkan satu gelombang tsunami qazaf yg m'ngetuk minda msyarkt malay n non-malay , muslim n non-muslim. Kite (muslim) yg sblm ni pnye la poyo dalam class, ble ustz or ustzh PSI time ajar tjk qazaf, nanye paham x ank2 ku? kta dgn smgtnye , 'jawab faham cikgu..!! simple jer'. hah ble isu smasa ni timbul bru la msg2 terkulat2 bru nk wat research. siap ulama' kna wat stu naskhah edisi khas lak . lalu adelah orang time tazkirah wat statement, "terime kasih pd Dato' Shazryl Eskay Abdullah, tanpa beliau sampai kapan pn kite x tau yg kita semer x cakna selok beloq syariat Allah". Allah telah m'hantar beliau melalui medium sokongan padu dari 'parti' mne ntah, kpd rakyat MALAYSIA utk m'buke mata kita semua akn kpntngn ilmu tasyri' . cube ntum lihat, beliau dah lah "saudara" bru kta(sblm ni hindu) pastu kna plak ujian mcm ni...x kesian ke? terpakse wat tuduhan n tetibe tareq balik tuduhannye....ad sesiape dr kta yg rasa b'tanggungjawab nk bimbing beliau tntg agama kita?
lps tu ramai lak duk kutuk2 die.....sediy2.Mne prnn kta kpd mereka yg hatinye di'lembutkan'? cube ltak diri kita dlm kasut beliau...agak2 beliau rasa agama islam ni berat/beban ke? atau sebgai ad dden(way of life)....?
ahlinye sile jwb deh....

hehe...kini,
apekah persepsi ntum terhadap beliau n dr sudut perspektif mnekah ntum menilai bliau.....?
guys...ad bende yg ana nk bg tau ntum berkaitan isu semasa baru2 ni...tp jap ye.

Sunday, 5 June 2011



ilmu ILMU ilmu , semakin membesar semakin bertambah lah ilmu kita....kadang2 kta rasakn yg selama ini dunia menipu kta,yelah msa kcil dlu kta di'inception'kan dengan berita yg mngatakn klu nk berjaya kna skor dlm exam....nmun hari ini ramai bdk2 yg x skor exam lebih kaya dr peguam n cikgu2 n kadang2 melebihi doktor itu sendiri.


nmun apa ingn dketengahkan D SINI ialah soal penipuan dunia terhdp manusia atau lbh mesra dgn penipuan/penganiayaan kerajaan terhdp rakyat.tapi x smua kerajaan yg bermuka sebegitu rupa.terpulang kpd rakyat utk mnilai memandangkn kebanyakn negara di dunia ini mengamalkn corak pemerintahan yg bersifat demokrasi. meskipn sekadar demokrasi pancasila ,nmun ia agk mmberi advantage yg besar kpd rakyat.tp perlu d ingatkn bhawa hanya rakyat yg bijak n berjiwa celik atau 'hidup' yg dpt mnyedari jenayah yg d lakukan oleh ssbuah kerajaan itu.IAITU DENGAN ILMU.


rakyat yg bodoh x kn dapat menjatuhkan kerajaan 'thaghut'yg keji meskipn kerajaan itu sendiri BODOH. mngkin mereka yg x ambl kisah pasal ni d pandang or d anggap sebagai rakyat yg mithali n berjiwa patriotik nmun SEDARLAH...!!! Bahawasanya , korang tlah mnyerahkn tanah air yg korang jadikn tmpat berlindung,mencari rezeki, bertumpah darah, n membina 'masjid' pd mreka yg akn menjebakkan kewibawaan gahnya nama negara korng kpd kmurkaan SANG PENCIPTA n PENGUASA ALAM....


syariat dr langit d permainkan n diperlekehkn....


keruntuhan moral yg telah dgaris pandukn oleh PEMBAWA RAHMAT SEKALIAn ALAM berleluasa n menjadi2.....


rakyat yg lemah n 'kurang pengetahuan' di permainkn n ditipu hidup2....


mereka yg berkepentingan d beri perhatian yg lebih dalam soal subsidi.....


nmun....shbt2 skalian percayalah kita dtuntut mencintai negara kita dengan cinta yg sebenar2nya.kerna ISLAM x kn berdiri megah d persada dunia tanpa MADINAH yg bercahaya dek citanya glgn muhajirin n anshor. mereka bertungkus lumus mmerah keringat mmpertahankn tanah air mereka.nmun cinta kpd PEMERINTAH hanya nan bila mereka seiring dengan perjuangaN 4 mereka yg BIJAKSANA...


waLLAHua'lam....