Friday, 18 November 2011
Tiada yang benar melainkan tiada yang dusta
:: Muharabah ::
Muharabah or hirabah ialah gerombolan bersenjata dalam sesebuah negara islam yg menimbulkan :
1) penumpahan darah
2) perompakan harta benda
3) pemerkosaan kehormatan wanita
4) penculikan
5) kerosakan harta benda/tanaman/ternakan dan sebagainya.
Muharabah ialah dari perkataan haraba.
haraba : memerangi, kerana golongan ini menentang nizam negara islam, menggugat dan menceroboh hukum - hukum ALLAH swt yang diaplikasikan oleh masyarakat dan negara. Ala - ala memerangi ALLAH swt dan kekasihNYA saw. Nama lain bagi muharibin ialah qutthau'tthoriq.
Perompak ini mungkin terdiri daripada :
1) orang islam
2) orang kafir zimmi
3) orang kafir harbi
Syarat - syarat Muharabah
1) Yang melakukannya adalah mukallaf sama ada laki - laki atau perempuan sama ada islam atau tidak.
2) Mempunyai kekuatan senjata yang dipergunakan untuk kerja - kerja jahat mereka, walaupun tongkat atau batu.
3) Melakukan kejahatan merompak secara terang - terangan. Merompak secara senyap - senyap tidak dinamakan muharibin tetapi dinamakan pencuri.
4) Lain - lain syarat yang diperselisihkan ulama'
Uqubah untuh hirabah, Al Mai'dah :33,34 .
1) Hukuman mati
2) Hukuman salib
3) Potong tangan dan kaki bersilang
4) Buang negeri
(sumber : Mengenal qanun jenayah islam, oleh Drs. Abd ghani Azmi bin idris )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment