".......Demikian itulah batas - batas ketentuan ALLAH swt, maka janganlah kamu mendekatinya."
[ Al Baqarah : 187 ]
Hudud ialah kata jamak bagi kata nama "haddun".
haddun literally : batas atau tegahan
hudud secara syara'nya : hukuman siksa dunia yang telah ditetapkan untuk menjaga hak ALLAH swt. Oleh kerana itu ta'zir tidak termasuk kerana ia tidak ada ketetapannya secara spesifik dan qishash pun tidak termasuk kerana ia adalah untuk memelihara hak anak adam.
[ kitab Nailul Authar ]
Ia dinamakan hudud atas uqubah - uqubah maksiat kerana ia biasanya dapat mencegah pembuat maksiat untuk tidak mengulangi perbuatan kenodaan dimana kerananya dikenakan hukuman had. Pada asalnya perkataan hudud digunakan untuk pemisahan di antara dua perkara yang berbeza. Contohnya, perbatasan tanah dinamakan hudud dan perbatasan rumah dikatakan hudud.
Ciri - ciri khusus hudud
1) Kesalahan - kesalahan hudud telah ditetapkan syara'
2) Pesalah - pesalah boleh dimaafkan sebelum di bawa ke muka penghakiman, tetapi selepas dibacara lantaran diputuskan pensabitan oleh mahkamah tiada maaf atau pengurangan hukuman baginya.
3) Taubat tidak menggugurkan hukuman kecuali perompak( yang bertaubat sebelum ditangkap ) dan orang murtad.
Kesalahan - kesalahan hudud
1) riddah
2) zina
3) qazaf zina
4) pemabuk
5) pencurian
6) perompakan
7) pemberontakan
8) liwath (ulama' tak sependapat)
9) seks dengan haiwan (ulama' tak sependapat)
10) sihir (ulama' tak sependapat)
Hukuman - hukuman yang dikenakan bagi pesalah hukum hudud
1) Pemenggalan leher
- murtad
- perompak yang membunuh tapi tak merompak barang - barang
- membuat seks dengan haiwan
- liwat
- penzina muhshan
- pemberontak - pemberontak yang memberontak ke atas pemerintah islam yang adil
- perompak yang membunuh dan merompak harta benda
- perompak yang hanya merompak harta benda tapi tidak membunuh
- pencuri
- penzina yang bukan muhshan - 100 sebatan
- qazaf - 80 sebatan
- peminum arak - 40 atau 80 sebatan
- perompak yang hanya menganggu lalu lintas sahaja
- penzina yang bukan muhshan sebagai hukuman tambahan
- murtad - pencabutan hak perwalian, hak persaksian, hak jawatan, dan hak warisan.
- semua yang melakukan kesalahan hukum hudud - pencabuatan hak persaksian kerana fasiq
- penzina bukan muhshan dan perompak yang mangganggu lalu lintas sahaja - pencabutan hak tempat tinggal
[TGNAA]
~ sayang tanah islam ~
sumber : Mengenal hukum qanun jenayah islam, oleh Dr Abdul Ghani Azmi b Idris


No comments:
Post a Comment