Maka telah turunlah wahyu pembayang dari Allah swt kepada Baginda saw mengenai kebenaran berhijrah. Lantaran itu, Rasulullah telah memberi izin kepada beberapa sahabat untuk pergi berhijrah dahulu, antaranya ialah Umar al Khattab ra dan Ayyash bin Abi Rabiah ra.
Mengenai cerita lagenda mereka berdua ra, setibanya mereka berdua di Quba', Ayyash bin Abi Rabiah terpaksa pulang dek kerana Abu jahal yang juga tiba disitu mengatakan, ibu mereka berdua tidak akan menyikat rambutnya dan tidak akan berteduh di bawah sinaran mentari yang terik sekiranya tidak dapat lihat Ayyash bin Abi Rabiah ra terpacak di hadapan kedua biji matanya. Maka, dengan berat hatinya Ayyash bi Abi Rabiah ra pulang bertunggangkan unta Umar al Khattab, supaya mudah lari daripada Abu Jahal sekiranya di pertengahan jalan terdedahnya penipuan Abu Jahal mengenai nazar ibunya.
Sementara menunggu wahyu yang jelas mengenai kebenaran untuk berhijrah beberapa langkah awal telah diambil oleh umat islam sebagai persiapan awal sebelum berhijrah dan ada yang dah berhijrah dah pun seperti cerita di atas. Senario ini sangat jelas di mata pemimpin Quraisy dah mengakibatkan keadaan mereka ibarat cacing kepanasan. Abu Jahal tidak boleh duduk diam.
Justeru, pada 26 saffar, pemimpin - pemimpin Quraisy telah bersidang di parlimen mereka( Darul Nadwa ) bagi mencari solusi terhadap projeksi migrasi umat islam ke medan yang diluar bidang kuasa veto mereka. Di sidang parlimen itu, iblis yang bertopengkan seorang lelaki yg zuhud telah meminta izin untuk turut serta dalam perbahasan strategi menjatuhkan insan mulia Muhammad saw. Dia disambut baik. Beberapa rencana cadangan telah dicanangkan. Antaranya,
- Baginda saw dikurung di rumah yang mempunyai pintu besi.
- Baginda saw diboikot dan tidak dihiraukan.
- Baginda saw dibunuh, dengan mengumpul orang - orang gagah dari setiap kabilah dan membunuh Baginda saw dengan serentak, lantas darah Baginda saw dibahagikan mengikut puak, maka dengan itu, kaum Nabi Muhammad saw tidak akan tahu untuk membalas dendam terhadap pembunuhan tersebut melalui perang ke atas kaum yang mana satu. Cadangan ini oleh Abu Jahal.
Namun begitu, Alllah swt telah mencela sidang parlimen mereka dan mewahyukan kepada Baginda saw,
" Dan ingatlah, ketika orang - orang kafir(Quraisy) memikirkan daya upaya terhadap kamu untuk menangkap dan memenjarakan kamu atau membunuh kamu atau mengusir kamu, mereka memikirkan tipu daya dan Allah mengagalkan tipu daya tersebut, dan Allah sebaik - baik pembalasan tipu daya."
[ Al Anfal : 30 ]
Jibril as telah datang menemui Baginda saw dan memberi tahu mengenai muslihat orang musyrik Mekkah dan strateginya. Sehubungan dengan itu juga, Rasulullah saw dibenarkan untuk berhijrah dan Baginda saw tidak dibenarkan untuk tidur di tempat tidur Baginda saw. Lalu, bernaungkan panas terik Baginda saw bergerak ke rumah Abu Bakar ra. Orang tak buat kerja tengah - tengah hari terik begini. Lantaran itu, ketahuilah akan Abu Bakar bahawa perkara penting sedang berlintas lansung di pentas arena pencakan umat islam ketika itu. Ceh, macam cerita sastera tradisional la plak....subhanaLLah.
Lalu berlakulah peristiwa migrasi yang amat penting bagi umat islam oleh Baginda saw dan Abu Bakar ra melalui tingkap rumah Abu bakar As Siddiq pada 27 saffar sebelum fajar menyinsing menuju ke arah Yaman.
waLLAHUa'lam, segala kesilapan fakta harap dapat tegur dan perbetulkan yea.
Masih belajar ~
~ sayang tanah islam ~
sumber :
[ Ar raheeq Makhtum karangan Mubarakfuri dan Muhsinul Insaniyyat karangan Naim Siddiqi ]

No comments:
Post a Comment