Sunday, 11 November 2012

Anjing disisi Islam


Ramai umat islam mempunyai salah tanggapan terhadap anjing, terutama masyarakat melayu. Disini ana tampilkan beberapa maklumat ringan tentang anjing disisi islam. Sila kutuk dan kritik.
 
Firman Allah swt :

"Mereka bertanya kepada kamu Wahai Muhammad ! Apakah yang dihalalkan bagi mereka?’ Katakanlah ‘Dihalalkan atas kamu (makanan) yang baik-baik(dan halal memakan haiwan buruan yang ditangkap atau dimamah oleh haiwan pemburu) yang apa-apa telah diajarkan (dilatih) atas mereka daripada haiwan pemburuan yang telah kamu latih dengan mengajarnya dengan apa-apa yang mengajarkan oleh Allah akan kamu. Maka makanlah dengan apa-apa yang ditangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah (Bismillah) atasnya (semasa melepaskan binatang pemburu itu)".
[Ayat 4, Surah al-Maidah]

Firman Allah swt ini menyebutkan bahawa haiwan buruan yang ditangkap oleh anjing buruan itu halal dimakan sekiranya ketika melepaskannya, orang yang memburu menyebut nama Allah swt (Bismillah). Tidak perlu haiwan buruan yang ditangkap itu disamak terlebih dahulu. Mengambil qiasan dari ayat ini, jelaslah anjing bukan merupakan najis berat yang perlu disamak. Mustahil disamak atau tidak praktikal disamak haiwan buruan yang dimamah anjing kerana air liurnya telah mengenai badan dan daging haiwan buruan tersebut.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila anjing minum (dengan ujung lidahnya) dalam wadah milik salah seorang di antara kalian, hendaklah ia membuang airnya kemudian membasuh wadah itu tujuh kali.
(Shahih Muslim No.418)

Jilatan anjing yang telah terkena hujan, maka dinding itu menjadi suci; inilah pendapat Syafi’iy (Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal); Ibn Qayyim (Ighasah alLahafan, Jld 1, ms 155) berpendapat jika najis itu terkena panas matahari dan tiupan angin pun telah menghilangkan najis itu. Syaikhul Islam Abul Abbas Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 1 ms 475) berpendapat sesungguhnya najis yang lenyap dengan apa jua secara tabi’iy termasuk panas matahari, angin, atau hujan, maka hilanglah hukum najis ke atasnya.”

Pandangan imam Malik, air tanah itu hanyalah panduan untuk kebersihan sahaja, Siapa buat dapat pahala, tak buat tak mengapa.

Imam Syafe'i mengambil 'illah' iaitu apa yang dijilat oleh anijng menjadi BASAH, maka mana - mana bahagian anjing yang BASAH dikira najis dan perlu disamak.

Sabda Nabi Muhammad saw :

"Dari Ibn Syihab dia berkata,Telah bercerita kepada kami Hamzah bin Abdullah dari bapanya (ibn Umar) beliau berkata: Didapati ada anjing-anjing yang kencing dan keluar masuk masjid di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam maka tidak seorangpun (dari para sahabat) menjirus (atau menutup dengan sesuatu) air kencing anjing tersebut". 
[al-Bukhariy : 174] [Abu Dawud :382]

Kerana ketika itu, masjid tiada karpet bahkan berlantaikan tanah ~

Tiada nash yang sahih mendakwa bahawa Khinzir perlu disamak(selain dalil haram makan : Quran), tapi ulama' membuat  andaian bahawa sekiranya jilatan anjing perlu disamak, maka khinzir lebih - lebih lagi(fitrah manusia bencikan khinzir).

Islam tidak menghina keberadaan anjing dan meletakkan ia ditempat yang terkutuk, bahkan sebaliknya. Al Quran dan Hadis telah membuktikan yang anjing juga diiktiraf dan telah menjadi rahmat kepada manusia sejagat.

Firman Allah swt :

" Dan engkau menyangka mereka sedar, padahal mereka tidur, dan kami membalik - balikkan ketika tidur ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri, sedangkan ANJING mereka menghulurkan dua kaki depannya di depan pintu dua, jika engkaumelihat mereka, tentulah engkau akan merasa gerun kepada mereka "
[Al Kahfi : 18]

Sabda Nabi Muhammad saw :
 
"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu”
(Riwayat al-Bukhari).

Adapun ayat ini hanyalah menunjukkan sifat semulajadi anjing yang sering menjelir lidah seperti tidak  faham apa - apa..

"Dan kalau Kami Menghendaki sesunggunya Kami Tinggikan derjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidah dan jika kamu biarkannya dia menghulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Cerita-cerita demikian bermaksud agar manusia memikirkannya."
[al-A’raf, : 176]
  
#copy, edit n paste




No comments:

Post a Comment