Wednesday, 12 March 2014

Selawatlah Duhai Teman

Bismillah

Mungkin kita seringkali merasakan bahawa hak kita untuk hidup sebagai seorang manusia yang normal kini dirobek di mana - mana.

Sering kali hati ini memberontak mengatakan ini tidak adil !!!
Melawan segala kekuatan ataupun dugaan yang menimpa,
Malah seringkali hati ini menderita marah tiada cita - cita.

Dimanakah ketenangan hati yg lembut ini? Mengapa ia selalu marah dan kurang sekali untuk cuba belajar demi tawadhu' dan bersabar dalam setiap onak dan duri ? Dimanakah sakinah dan mawaddah yang seringkali mewarnai taman - taman hati ini ?

Mungkin taman idaman hati ini sudah gersang kering kontang,
Panas membara tanpa air yang menghidupkan apatah lagi untuk menyegarkan,
Kering sekering - keringnya hampir saja ia mati tiada lagi perasaan ataupun simpati terhadap mana - mana kehidupan,
Oh hati, jangan sesekali engkau mati.

Selawatlah duhai kawan dan teman sekalian,
Hati ini sayu tanpa cinta dan cahaya dari insan yang diberkati Tuhan,
Sugguh Baginda saw bukan calang - calang makhluk mahupun insan,
Selawat ke atas Baginda saw demi mengundang kesejahteraan dan ketenangan,
Ayuh anak muda kita bangkit hidupkan taqwa dan iman,
Selawat ke atas junjungan besar Baginda saw dalam setiap perilaku, aktiviti dan rutin harian,
Adapun Baginda saw bukan lah semata jadi - jadian,
Kepada Baginda saw kita berselawat dan kepada Baginda saw kita mohon keberkatan.

Selawatlah duhai teman..

No comments:

Post a Comment