Sememangnya pada zaman Rasulullah saw tidak digunakan sistem kelendar dalam pengurusan pentadbiran negara Baginda saw di kota munawwarah dalam era pembinaan asas tauhid dalam hati para sahabat ra pada 1432 tahun yang lalu seperti mana yang digunakan oleh sebahagian golongan - golongan orang bukan islam. Pencetusan idea mengenai pengurusan sistem pentadbiran negara islam berlandaskan kelendar tahunan bermula di era pemerintahan adil oleh Al Amirulmukminin Umar Al Khattab khalifah islam kedua. Ia berlaku adalah disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran yang timbul sewaktu zaman pemerintahan Al Amirulmukminin Umar Al Khattab ra, antaranya ialah ;
- Saidina Umar pernah menerima satu surat mengenai pengumpulan harta dan ia bertulis pada bulan sya'ban, lalu beliau bertanya," sya'ban bilakah ini? yang lepas? sekarang? atau yang akan datang?" keliru.
- Ya'la bin Umayyah yang tinggal di Yaman pernah menghantar surat kepada Saidina Umar dan surat itu berserta tarikh. Saidina Umar tertarik.
- Abu Musa Al asya'ri pernah menghantar satu surat kepada Saidina Umar dan komen bahawa Saidina Umar banyak menghantar surat kepada beliau tanpa tarikh dan perkara itu menyebabkan beliau keliru.
- Berlandaskan tarikh kelahiran baginda Rasulullah saw.
- Berlandaskan tarikh baginda Rasulullah saw diangkat menjadi rasul.
- Berlandaskan tarikh kewafatan baginda Rasulullah saw.
- Berlandaskan tarikh penghijrahan baginda Rasulullah saw dan para sahabat ra.
" Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebathilan, maka jadikanlah ia asas kepada permulaan tahun."
[ Umar Al Khattab ]
Menurut imam As Suhaili, mereka ketika itu memilih kelendar islam berlandaskan peristiwa hijrah adalah berdasarkan ayat fiman Allah swt " Sesungguhnya masjid yang diasaskan di atas ketaqwaan(masjid quba') sejak dari HARI PERTAMA adalah lebih patut kamu bersolat didalamnya."
[ surah at Taubah : 108 ]
Menurut beliau lagi, HARI PERTAMA dalam ayat ini tidak disandarkan pada sesuatu yang tidak dinyatakan dalam ayat itu. Ia disandarkan kepada hari kemenangan islam, hari Rasulullah boleh beribadat dengan aman, dan hari pertama pembinaan masjid, lalu mereka bersependapat bahawa ia adalah tarikh hijrah, iaitu hari Rasulullah masuk ke kota Madinah.
Dari rumah ke gua,
Rasulullah saw meninggalkan rumah baginda pada malam 27 safar tahun ke-14 baginda menjadi Rasul menuju ke rumah Abu Bakar. Dan mereka keluar ikut pintu belakang rumah Abu Bakar sebelum fajar menyinsing. Perhatian !!! hijrah bukannya berlaku pada 1 muharram.
sambung cerita Saidina Umar tadi,
setelah bersetuju memilih peristiwa hijrah sebagai garis permulaan tahun baru lalu mereka pening mengenai bulan yang patut dijadikan bulan pertama, ada yang nencadangkan bulan rejab dan ada pula bulan ramadhan. Namun Saidina Usman mencadangkan bulan muharram. Saidina Umar juga begitu. Ini adalah kerana perjanjian Aqabah berlaku pada bulan zulhijjah dan perjanjian inilah yang memjadi batu loncatan kepada penekadan suatu penghijrahan besar yang ingin dicapai oleh baginda Rasulullah saw dan para sahabat ra. Ini bererti, meskipun peristiwa hijrah berlaku pada bulan safar 27 haribulan namun tekad yang ditanam oleh Rasulullah bermula sejak awal bulan muharram lagi.
Disebabkan itulah Saidina Umar Al Khattab memilih 1 muharram sebagai permulaan tahun baru bagi kelendar islam dan bukannya 27 saffar. Perkara menunjukkan bahawa pentingnya niat dan tekad dalam sesuatu perbuatan lebih - lebih lagi berkaitan penghijrahan besar peribadi kita dari perkara yang teruk kepada yang lebih baik.
~ sayang tanah islam ~

perkongsian yang menarik.mana dapat?
ReplyDelete